Monday, August 8, 2011

Kehormatan Darah dan Harta

Dengan nama Allah 'azza wa jalla, aku mulakan kalam yang hina ini supaya keberkatan basmalah sentiasa disisi. Segala puji bagi Al-Khaliq dan sebaik pujian adalah dari Al-Khaliq kepada Al-Khaliq. Selawat dan salam ke atas junjungan besar penghulu sekalian rasul penghulu ummat akhir zaman.

Dah lame rase tak update blog. Macam tak bertuan dah. Alhamdulillah, kali ini aku diberi kesempatan untuk membuat entry baru. Kali ni aku nak berkongsi mengenai salah satu hadith dari hadith 40. Iaitu hadith yang ke-8. Kenapa tidak mulakan yang pertama; mengenai niat? Kerana hadith pertama sememangnya ramai dah mengetahuinya. Jadi sengaja aku mulakan dengan yang ke-8. Tapi tidak bermakna akan mengikut turutan pulak selepas ini. Bergantung kepada keadaan. Apa pun, segala maksud serta ilmu yang tersembunyi hanya Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Ramadhan KAREEM!!


Bismillah..hadith ke-8 : KEHORMATAN DARAH, HARTA BENDA


"Telah diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. bahawasanya bersabda Rasulullah s.a.w : Disuruh oleh Allah aku memerangi sekelian manusia, melainkan naik saksi mereka bahawa tiada Tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu pesuruh Allah dan mendirikan sembahyang lima waktu dan membayar zakat fardhu. Apabila telah didirikan oleh mereka perkara itu maka terpelihara darah dan hartanya melainkan kerana hak Islam Dan atas Allahlah hisab dan diperhitungkan amalnnya." [H.R. Bukhari dan Muslim]
Keterangan :

[1] Sabda Nabi s.a.w : "Umirtu..."

Hadith ini menunjukkan atas tuntutan wajib seperti firman Allah ta'ala : Aqimus Salah. Ertinya dirikanlah sembahyang lima waktu. Dan dihukumkan padanya dirikan sembahyang lima waktu adalah wajib.


[2] Sabda Nabi s.a.w : "Faiza fa'alu..."

Sekiranya ditanya orang kepada kita: Puasa dan haji juga dari rukun Islam tetapi kenapa tak disebut oleh Rasulullah dalam hadith ini?

Kita jawab : Dalam Islam tidak disuruh untuk membunuh sesiapa yang tidak puasa tetapi dipenjarakan dan ditahan daripada makan dan minum. Begitu juga dalam soal haji. Tidak disuruh membunuh atau memerangi.

Sebab itu dalam hadith ini Rasulullah hanya menyebut perkara-perkara yang dibunuh atau diperangi sesiapa yang meninggalkannya. Sewaktu Rasulullah mengutus Muaz pergi mengajar ke negeri Yaman, tidak diperintahkan kepadanya perkara puasa dan haji. Hanya disebut dalam hadithnya ialah dua kalimah syahadah, sembahyang, dan zakat.


[3] Sabda Nabi s.a.w : "Illa bihaqqil Islam,"

Sekiranya ada atas mereka hak Islam seperti orang penyamun, berbuat zalim, orang aniaya dan sebagainya, maka hukumnya harus untuk membunuh dan emeranginya adalah harus.

[4] Sabda Nabi s.a.w : "Wa hisabuhum ala Allah..."

Sesiapa yang mengucapkan dua kalimah syahadah,, mendirikan sembahyang lima waktu, dan membayar zakat nescaya terpeliharalah darah dan hartanya. Sekiranya amalan tersebut dilaksanakan dengan ikhlas maka dialah mukmin yang sebenar-benarnya. Jika mengikut perintah kerana takutkan mata pedang maka dialah orang munafik. Segala hisab dan perkiraan kembali kepada Allah yang menyimpan segala rahsia yang tersembunyi.

-WA-