Monday, April 25, 2011

Jumaat bersama Syeikh As-Sudais

Tersentuh hatiku akan betapa besarnya nikmat2 dari ILAHI yang secara tidak langsung telah mengubat hatiku yang sedang resah gelisah ketika itu. Nikmat2 yang tak mampu dibilang dengan kalkulator apatah lagi jika menggunakan  jari-jemariku. Alhamdulillah Ya ALLAH, engkaulah Ar-Rahman engkaulah Ar-Rahim.


Setibanya bas di Hentian Duta tepat waktu azannya Jumaat telah melegakan hatiku kerana diizinkan-NYA untuk bersolat Jumaat. Namun aku kebingunggan sebentar akan khutbah jumaat dalam bahasa arab & kereta yg amat byk sekitar masjid wilayah.

Setelah diberitahu barulah ku tahu akan kehadiran Syeikh Haramain ini ke Malaysia. Berputiknya hatiku tidak terhingga. Ya ALLAH, alhamdulillah Ya ALLAH. Sebelum ini hanya sekadar di tv ataupun di radio, tetapi kali ni LIVE.

Akan tetapi keberadaanku di masjid wilayah x semudah yg disangka. Jemaah masjid yang terlalu ramai membuatkanku terpaksa berdiri diatas marmar yang panas di luar pintu masuk ruang solat utama. X senang berdiri dibuatnya apatah lagi bersolat diatasnya. Hanya ALLAH shj yg mengetahui.

Antara isi khutbah jumaat Syeikh Sudais yang aku rasa amat membumi kepada mereka2 yg sedang berjuang di atas jalan-NYA khususnya dan seluruh ummat islam amnya.
  1. Kepentingan meluruskan aqidah di atas aqidah yang betul
  2. Mengambil ISLAM sebagai cara hidup secara keseluruhannya. ALLAH telah menyempurnakan ajaran ISLAM dan DIA telah redha ISLAM sebagai cara hidup untuk diamalkan.
  3. Sheikh di dalam khutbah beliau sangat menitik beratkan soal ukhuwwah Islamiyyah di antara penganutnya. Berkali-kali Sheikh menekankan bahawa kita adalah ummah yang satu.
  4. Ummat ISLAM mesti mengikuti sunnah-sunnah Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam dan menjadikan ia sebagai contoh tauladan yang mesti dijadikan rujukan. Tidak ada cara lain lagi hendak berjaya, melainkan ikut (ittiba’) sunnah. Sheikh menekankan bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam pernah bersabda bahawa semua muslim akan masuk syurga, kecuali yang enggan. Yang dimaksudkan enggan ialah mereka yang derhaka kepada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam dengan tidak mengikuti semua suruhan dan tidak menghiraukan larangannya.
  5. Ummat ISLAM mestilah menjadi ummat yang berilmu. Betapa ISLAM sangat menitik beratkan ilmu. Justeru, tuntutlah ilmu dan fahamilah ilmu.
  6. Bukan setakat menuntut ilmu dan faham, tapi mesti amal. Menjadi tuntutan buat kita yang sudah menuntut ilmu, yang ada ilmu untuk mengamalkan ilmu tersebut.
  7. Sheikh as-Sudais mengingatkan tentang kesederhanaan di dalam ISLAM dan betapa pentingnya sifat ini diambil dalam membawa agama ISLAM ke dalam kehidupan.
  8. Sheikh juga menyentuh perihal akhlaq muslimin. Amat menyedihkan sekiranya akhlaq tidak dijadikan tumpuan ummat ISLAM. Kerana antara tujuan penting diutuskan Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam ialah untuk menyempurnakan akhlaq.
  9. Sayang-menyayangi sesama muslim juga disentuh oleh Sheikh as-Sudais di dalam khutbahnya. 
  10. Setiap muslim mestilah mempunyai adab dalam perbezaan pendapat. Perbezaan pendapat dan pandangan di kalangan ummat ISLAM mestilah ditangani dengan ilmu dan diserahkan kepada ahli ilmu. Janganlah disebabkan oleh perkara-perkara furu`, feqah, ijtihadiah dan lain-lain seumpamanya menyebabkan ummat ISLAM berpecah.
  11. Sheikh mengingatkan juga akan ancaman kepada ummat ISLAM tentang syahwat (perkara-perkara maksiat dan berkaitan nafsu) dan syubuhat (perkara-perkara yang samar-samar dalam kehidupan moden).
  12. Ummat ISLAM mestilah menjadi ummat yang memberikan kebaikan.
Yang baik itu datang dari ALLAH s.w.t yang buruk itu disandarkan pada diri yang lemah ini, hakikat keduanya datang dr ALLAH s.w.t moga dimanfaatkan.

No comments:

Post a Comment