Wednesday, March 9, 2011

Tuntutlah Ilmu

Pembahagian Ilmu. Mengikut perspektif Islam pembahagian ilmu sebenarnya boleh dibahagikan kepada beberapa segi iaitu :


a) Dari segi kewajipan menuntut ilmu ( menurut Imam al-Ghazali )


i) Ilmu Fardhu Ain :ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap umat Islam yang baligh dan berakal. 
Contoh : Ilmu Aqidah, Feqah, Tasawwuf dll.


ii) Ilmu Fardhu Kifayah : Kewajipan yang dituntut ke atas seluruh masyarakat islam. Sekiranya ada seorang yang mengetahui ilmu tersebut maka gugur dosa ke atas umat Islam. Ilmu fardhu kifayah adalah sangat luas ruang lingkupnya.
Contohnya : Ilmu Kedoktoran, Pengurusan, Teknologi dan sebagainya. Segala ilmu yang diperlukan oleh umat manusia, maka menuntutnya pun wajip ke atas mereka kerana ilmu-ilmu tersebut terlalu banyak dan terlalu luas bidangnya. Kewajipan tersebut diserahkan kepada seluruh umat Islam secara bergotong-royong atau pembahagian tugas di antara mereka.


b) Dari segi hubungannya dengan Syariat


i) Ilmu Syariat : Terbahagi kepada 4 iaitu :
  • Ilmu Usul : iaitu ilmu yang asas tentang al-Quran, Sunnah Ijma' ata peninggalan sahabat.
  • Ilmu Furu' : iaitu ilmu yang diluaskan daripada Ilmu usul contohnya : Fiqh, Faraid dan sebagainya.
  • Ilmu Muqaddimah atau pengantar : iaitu Ilmu yang berupa alat untuk memahami al-Quran dan Sunnah contohnya : Belajar mengenal huruf jawi atau tulisan arab.
  • Ilmu Penyempurnaan : Ilmu yang bertujuan untuk menyempurnakan lagi ilmu al-Quran dan Hadith contohnya : Ilmu Tajwid, Tafsir dan sebagainya.
ii ) Ilmu Bukan Syariat : ianya terbahagi kepada 2 iaitu :
  • Ilmu yang terpuji : sama seperti ilmu fardhu kifayah contohnya Matematik, Sains Ekonomi , Pertanian dsb.
  • Ilmu yang tercela : ilmu yang boleh mendatangkan kemudharatan dan perpecahan malah mendapat kebencian Allah seperti ilmu sihir, silap mata, ilmu menipu dan sebagainya.
c) Dari segi Cara Memperolehinya
  • Ilmu kasbi : Ilmu yang diperolehi daripada usaha iaitu melalui proses pembelajaran. Contohnya : Ilmu sains, Matematik dan sebagainya.
  • Ilmu Ladunni atau Wahbi : Ilmu pemberian langsung dari Allah s.w.t melalui Wahyu atau ilham. Cohtohnya : Ilmu para Nabi dan Rasul.
d) Dari segi Sumber
  • Ilmu Aqli : Ilmu yang diperolehi melalui pemikiran akal. Contoh : Matematik, Sains dan sebagainya.
  • Ilmu Naqli : Ilmu yang diperolehi melalui ayat atau wahyu. Cohtoh : Al-Quran atau Hadith.
*Maka wajiblah ke atas kita untuk menuntut ilmu. Betapa besarnya darjat orang yang berilmu sehingga tercatat dalam Quran bahawa Allah meninggikan darjat orang yang berilmu.


Al-Mujaadilah : 11
Sedangkan wahyu pertama dari ALLAH juga adalah IQRA' (BACALAH!). Maka, BACALAH! Tuntutlah ilmu selagi mampu.

No comments:

Post a Comment