Thursday, March 31, 2011

Hizbullah

Nahnu ansorullah
Teringat kata-kata seorang ustaz kepada kami ketika sedang santai minum pagi bersamanya.

"tidak akan menang tentera islam melainkan disisi mereka ciri-ciri hizbullah.."

[Em, lebih kurang cmtu la ust tu cakap, huhu] selepas beberapa ketika aku mula terfikir, apekah ciri-ciri hizbullah yg ust cakap tu..?? Ust tu ade pesan gk, die suruh tgk ayat 54-56 dalam surah Al-Maidah. Hmm, jom kite tgk.

Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya. (al-maidah : 54)

Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). (al-maidah : 55)

Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang. (al-maidah : 56)

Em, jelas kt sni ALLAH nk bgtw kite, golongan2 yg mengingkari-NYA akan diganti dgn suatu golongan yg disukai-NYA iaitu golongan2 yg mempunyai ciri tertentu & inilah ciri2 hizbullah yang ust tu cakap.

Antara ciri2 tersebut ialah
  • Allah mengasihi mereka iaitu orang-orang yang beriman dan mereka juga mengasihi Allah
  • Bersikap lemah lembut terhadap orang-orang mukmin
  • Bersikap keras terhadap orang-orang kafir
  • Mereka berjihad di jalan Allah
  • Mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela
  • Mereka menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman sebagai penolong mereka

Melihat realiti kehidupan, ramaikah mereka2 yg mengasihi ALLAH, ramaikah mereka2 yg berlemah lembut terhadap org2 mukmin, ramaikah mereka2 yg berkeras terhadap org2 kafir, ramaikah mereka2 yg berjuang dijalan ALLAH, mungkin ade tp sedikit. Itulah realiti.

Menyedari realiti ini, ape yg sepatutnya kita lakukan..?? cukupkah dengan berkata "xpe2, ade ramai lg ust2 yg boleh didik masyarakat ni.." Hmm, kepada mereka2 yg mind set sebegini sila ubah ye.noktah.

Pertamanya x lain & x bukan diri sendiri dahulu yang perlu diperbaiki. Cuba untuk penuhi ciri2 hizbullah yang telah ALLAH gariskan. Seterusnya cuba pula untuk perbaiki orang lain. Tapi kite kne ingat, perbaiki diri sendiri dan menyeru kepada yang lain adalah satu jalan yang x boleh dipisahkan, ia perlu bergerak seiring. Islah nafsak wadu' ghairak.

Setelah ciri2 ini diterap & dalam masa yang sama kita meyakini bahawa hanya ALLAH dan rasulNYA serta orang2 yang beriman adalah penolong kita, insyaALLAH kemenangan itu akan kita miliki. Allahuakbar~

Tuesday, March 29, 2011

Pesanan buat diriku

Mesir, Dr. Jum’ah Amin, wakil Mursyid Am Ikhwanul Muslimin Mesir menegaskan bahawa akan selalu ada gelombang negatif yang menyerang dakwah, jama’ah dan para pendokongnya, namun gelombang itu hanya akan menambahkan kekuatan dan kesatuan barisan dakwah kita.

Beliau mengajak semua anggota Jama’ah Ikhwan agar menguatkan keimanan, meningkatkan taqarrub ilallah, memperbanyak sujud, qiyamullail, puasa, tilawah Al-Qu’ran, dan zikir ma’thurat serta memperbanyak istighfar dalam menghadapi gelombang permusuhan itu.

Hal itu disampaikan beliau dalam suatu majlis "Haditsuts Tsulatsa" di masjid Ashrul Islam di Iskandaria. Beliau mengingatkan bahawa perlu adanya perbezaan antara kita dan para penyerang dakwah kita. Kita perlu lebih menguatkan iman kita, ibadah kita, dan meninggal setiap maksiat dan dosa. Jika tidak, maka apa bezanya antara kita dan mereka? 

“Jadilah kalian anggota jama’ah seperti keluarga Yaasin, yang tidak menunggu taklif atau tugas dari qiyadah. Mereka keluar dari rumah ke pelosok desa untuk berdakwah ilallah. Dakwah memerlukan kefahaman yang jitu, iman yang kuat, cinta dan tsiqah, serta kerja yang istiqamah.”

A wakening of the trailblazer

Assalamualaikum, hmm post kali ni ditujukan khas kepada mereka2 yang minat anime. Tapi aku minat anime yang ade robot2 je. Engineering student la katakan, hhehe. 

Akhirnya dapat jugak cari link nak download muve gundam ni n ni antara move gundam yg paling latest, kot. Ni tajuk dia, Gundam 00 - A wakening of the traiblazer. Sebelum keluar yg muve ni dia ade yang anime bersirinye. Season 1 & 2 n dua2 aku da tengok, sebab tu la aku nak cari sangat2 yang versi muve ni.

Ni link klw korg nk gk muve ni, GUNDAM

N klw korg x suke gundam korg boleh download yang lain disini, ANIME MOVIES.

(4gb lamanye nk tggu, harap2 la ade subtitle)

Thursday, March 24, 2011

Maahad An-namuzaji

Maahad Muhammadi Lilbanin
Terpanggil untuk berkongsi kejayaan adik2 di 'maahad laki', hhehe. Dah lebih kurang 3 tahun aku tinggalkan sekolah bersejarah tu, amat ku rindukan suasananya, duduk dengan orang-orang baik turut menjadikan aku baik. Eh kejap, aku baik ke..?? Haha, tak kisah la baik atau pun tak tapi selagi ade usaha ke arah 'lebih baik' itu sudah memadai. Alamak dh kemane aku ni..??

Kembali kepada tajuk, sekali lagi maahad telah mencapai 100% lulus dalam SPM, tahniah diucapkan dan tak lupa kepada adik Nik Muhammad Farhan Hakim Nik Badrul Alam yang telah mengharumkan nama maahad dengan kejayaan beliau mendapat 11A+ dalam SPM.

Ape yang menarik dengan adik farhan ni ialah dia merupakan salah seorang pimpinan pelajar di maahad dengan menjawat jawatan Naib Presiden 3 dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Pergh, hebat seyh. Pelajar terbaik sekolah & pelajar terbaik YIK. Pelajar tebaik YIK..?? haha, maknanya kami MML telah berjaya  mengalahkan MMP. Say Alhamdulillah pastu baru gelak hhahahaha.

Secara tidak langsung adik farhan telah mencabar kita semua wahai para pemegang amanah, hebat memimpin & cemerlang akademik. Kita bagaimana..?? Terasa plak bile teringat result final aku, haih ape nak jadi mekeme nih.

Analisa ringkas SPM 2010 MML.
  • 270 calon 100% lulus
  • 12a : 1 org
  • 11a : 9 org
  • 10a : 14 org
  • 9a : 6 org
  • 8a : 6 org
  • 7a : 27 org

Antara mereka yg hebat2.

Hilmi Hisham Marzuki
10 A+ dan 1 A-
Timbalan setiausaha MPP
Tempat ke-3 dari senarai 10 calon terbaik MML

Ahmad Adib Mukhtar 
8 A+ dan 2 A, 1 A-
Presiden MPP
Tempat ke-5 dari senarai 10 calon terbaik MML





Yang terakhir untuk kita semua.

Wednesday, March 23, 2011

Muslim - Dead or Alive


Another great artwork by Nayzak.

Monday, March 21, 2011

Three tough questions

The barber & the client

Sunday, March 20, 2011

Code updated - kecintaan pada ahlullah

Salam kepada mereka yang menggunakan code gambar-gambar ulama, korg da bleh tuka kepada yang baru ni, yang suda di update. Satu bende je yang di update ialah
  • gambar2 akan jadi 'center' seperti diatas.
Macam biasa ambil code disini, CODE. Sebarkan code ini kpd rakan2 anda, semoga usaha yang kecil & xseberapa ini diberkati-NYA.

Wednesday, March 16, 2011

Beruntunglah orang-orang yang asing


بداء الإسلام غريبا فسيعود غريبا كما بداء فطوبى للغرباء
Islam mula tersebar dalam keadaan dagang ( asing ) , dan ia akan kembali asing pula. 
Maka beruntunglah orang-orang yang asing. ( H.R. Muslim )

Monday, March 14, 2011

Enjit2 semut sape sakit naik atas..!!

Sape nak naik atas sila angkat tangan macam saya (gaya usop)..!!
Saya si kumbang android
1. Hmm, macam biasa coding nya adalah seperti dibawah..

2. Ni adalah image url si kumbang android tu, klw nk tukar gambar lain silalah tukar url gambar yang korg mahu.
https://lh6.googleusercontent.com/_copdnCE3_FE/TXXu3ToPbNI/AAAAAAAAAMM/ErDZzpEO3sA/going%20up.png
3. Next saiz dye plak. Hmm, pandai2 la korg ejas kt sini yee.
width="130"
height="160"
Finally, hasilnya korg bleh tgk kt sebelah kanan blog aku nih. Hee, Sekian.

Sunday, March 13, 2011

Al aqlus salim fi jismi as salim

Bismillah walhamdulillah...Hmm, dah seminggu kt rumah, kehulu kehilir. Al-kisahnya disini (dgn gaya mazlan, hehe) terjumpalah sesuatu yg dh lame aku 'tinggalkan'. 
Haaaaa, ni la yg aku jumpe. Wilson Hyper Hammer 5.3 Stretch OS, tp raket sebenar xde la selawa ni, hehe. Rindu giler seyh nak main tenis.

Si anak "Ayah, raket ni sape pnye yah..?"

Si ayah "Tu cikgu Zahari pnye, dye bg ayah.."

Si anak "Ooo, dh tu sape yg gune raket ni..?"


Si ayah "xde sape gune pn, knp kamu nk ke..?"

Si anak "nk3, hee.."


Si ayah "hm, ambik le dr xde sape yg nk gne..tp kne la tuko tali tu dlu, bla3.."

Waaaaaa, seronoknyaaa. Dengan ini, secara rasminya aku telah mewarisi raket bru..yeayy....boleh start main tenis balik, bleh main kt gombak nanti, huhu. Waktu darjah 5 aku mula blaja main tenis tp ble dh masuk sekolah menengah da kne stop da sampai la cfs. Sebabnya 1 je, xde gelanggang tenis. Krenye kt rumah je la aku bleh main & stroke aku xde la teruk sgt walaupon da lame x main, huhu.


Bak kate pepatah arab "al aqlus salim fi jismi as salim"
(akal yang cerdas datang dari tubuh yang cergas)

Mehnah & tribulasi yg bakal mendatang bukanlah suatu yg boleh dipandang remeh. Perlukan kpd suatu persiapan yg jitu dr segi jasmani & rohani seseorg daie itu. Secara jasmaninya bersukan mampu utk menjadikan tubuh kita cergas dan natijahnya ialah akal yang cerdas. Kita tidak mahukan mahasiswa yang lesu dalam gerak kerja islam.

Resolusinya jom la kita bersokan, hehe.
Wa Allahu a'lam.


Friday, March 11, 2011

Kecintaan pada Ahlullah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuhu...

Em, hari ni sy nak berkongsi sesuatu tp bnde ni xde ape la sangat. Perasan x gambar yg gerak2 kt sebelah kiri ni, dengan rasa rendah diri sy ingin korg letak bnde ni kt blog korg, huhu bukan ape, ni sebagai satu wasilah untuk kita kenal para habaib, para masyaikh, para alim ulama yg telah banyak berbakti menyebarkan islam. Merekalah yang telah banyak memerah keringat untuk mengangkat semula martabat islam ke tmpat yang sepatutnya.

"Islam itu tinggi & tidak ada yang lebih tinggi darinya."

Antara mereka juga adalah dari golongan habaib, keturunan nabi adalah keturunan yang dimuliakan, ahlul bait. Suatu kelebihan bagi kita untuk mengenali mereka apatah lagi mencintai mereka. 

"Belum sempurna keimanan seorang hamba Allah sebelum kecintaannya kepadaku melebihi kecintaannya kepada dirinya sendiri; sebelum kecintaannya kepada keturunanku melebihi kecintaannya kepada keturunannya sendiri; sebelum kecintaannya kepada ahli-baitku melebihi kecintaannya kepada keluarganya sendiri, dan sebelum kecintaannya kepada zatku melebihi kecintaannya kepada zatnya sendiri ."

Kembali kepada widget, cara memasangnya amat mudah semudah ABC, hehe. 
  1. Ambil code disini, CODE.
  2. Pergi ke  DESIGN  >  ADD GADGET  
  3. Pilih HTML/JavaScript
  4. PASTE code anda
  5. Jgn lupe SAVE tw, hehe
Sebarkan code ini kpd rakan2 anda, semoga usaha yang kecil & xseberapa ini diberkati-NYA.

Wednesday, March 9, 2011

Tuntutlah Ilmu

Pembahagian Ilmu. Mengikut perspektif Islam pembahagian ilmu sebenarnya boleh dibahagikan kepada beberapa segi iaitu :


a) Dari segi kewajipan menuntut ilmu ( menurut Imam al-Ghazali )


i) Ilmu Fardhu Ain :ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap umat Islam yang baligh dan berakal. 
Contoh : Ilmu Aqidah, Feqah, Tasawwuf dll.


ii) Ilmu Fardhu Kifayah : Kewajipan yang dituntut ke atas seluruh masyarakat islam. Sekiranya ada seorang yang mengetahui ilmu tersebut maka gugur dosa ke atas umat Islam. Ilmu fardhu kifayah adalah sangat luas ruang lingkupnya.
Contohnya : Ilmu Kedoktoran, Pengurusan, Teknologi dan sebagainya. Segala ilmu yang diperlukan oleh umat manusia, maka menuntutnya pun wajip ke atas mereka kerana ilmu-ilmu tersebut terlalu banyak dan terlalu luas bidangnya. Kewajipan tersebut diserahkan kepada seluruh umat Islam secara bergotong-royong atau pembahagian tugas di antara mereka.


b) Dari segi hubungannya dengan Syariat


i) Ilmu Syariat : Terbahagi kepada 4 iaitu :
  • Ilmu Usul : iaitu ilmu yang asas tentang al-Quran, Sunnah Ijma' ata peninggalan sahabat.
  • Ilmu Furu' : iaitu ilmu yang diluaskan daripada Ilmu usul contohnya : Fiqh, Faraid dan sebagainya.
  • Ilmu Muqaddimah atau pengantar : iaitu Ilmu yang berupa alat untuk memahami al-Quran dan Sunnah contohnya : Belajar mengenal huruf jawi atau tulisan arab.
  • Ilmu Penyempurnaan : Ilmu yang bertujuan untuk menyempurnakan lagi ilmu al-Quran dan Hadith contohnya : Ilmu Tajwid, Tafsir dan sebagainya.
ii ) Ilmu Bukan Syariat : ianya terbahagi kepada 2 iaitu :
  • Ilmu yang terpuji : sama seperti ilmu fardhu kifayah contohnya Matematik, Sains Ekonomi , Pertanian dsb.
  • Ilmu yang tercela : ilmu yang boleh mendatangkan kemudharatan dan perpecahan malah mendapat kebencian Allah seperti ilmu sihir, silap mata, ilmu menipu dan sebagainya.
c) Dari segi Cara Memperolehinya
  • Ilmu kasbi : Ilmu yang diperolehi daripada usaha iaitu melalui proses pembelajaran. Contohnya : Ilmu sains, Matematik dan sebagainya.
  • Ilmu Ladunni atau Wahbi : Ilmu pemberian langsung dari Allah s.w.t melalui Wahyu atau ilham. Cohtohnya : Ilmu para Nabi dan Rasul.
d) Dari segi Sumber
  • Ilmu Aqli : Ilmu yang diperolehi melalui pemikiran akal. Contoh : Matematik, Sains dan sebagainya.
  • Ilmu Naqli : Ilmu yang diperolehi melalui ayat atau wahyu. Cohtoh : Al-Quran atau Hadith.
*Maka wajiblah ke atas kita untuk menuntut ilmu. Betapa besarnya darjat orang yang berilmu sehingga tercatat dalam Quran bahawa Allah meninggikan darjat orang yang berilmu.


Al-Mujaadilah : 11
Sedangkan wahyu pertama dari ALLAH juga adalah IQRA' (BACALAH!). Maka, BACALAH! Tuntutlah ilmu selagi mampu.

Tuesday, March 8, 2011

Nejmuddin Erbakan - Engineer Gerakan Islam

Prof Dr Nejmuddin Erbakan adalah merupakan seorang pemimpin ulung gerakan Islam di Turki pada zaman moden. Beliau yang pernah menjadi Perdana Menteri Turki pada tahun 1996 hingga tahun 1997 dan dianggap sebagai Al-Mursyid Al-Ruhiy kepada gerakan Islam Turki.

Pada tanggal 27 Feb 2011 yang lalu beliau telah kembali ke rahmatullah pada usia 85 tahun selepas ditimpa penyakit dalam tempoh yang agak lama.

Beliau telah dilahirkan pada tahun 1926 di Bandar Sinop, Turki. Bapanya ialah Mehmet Sabri merupakan seorang hakim di Bandar Cilicia dan ibunya ialah Kamer.

Pada tahun 1943 beliau telah menamatkan pengajian menengahnya di Istanbul dan pada tahun 1948 beliau telah mendapat ijazah pertama dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di Istanbul Technical University (ITU) dengan pencapaian CGPA 4.00. Kecemerlangannya telah menarik minat pihak Universiti dan menawarkannya kerja sebagai tutor. Kemudiannya pihak Universiti telah menghantar beliau menyambung pengajian di RWTH Aachen University, German di mana beliau telah mendalami bidang pembangunan enjin kereta kebal.

Kemudian beliau kembali semula ke Turki dan dilantik sebagai Profesor di ITU pada tahun 1965 sedangkan umurnya baru 29 tahun. Nejmuddin Erbakan mula aktif dalam politik setelah tamat pengajian di Fakulti Kejuruteraan dan setelah mendapat pengalaman yang luas dalam bidang industri. Pada tahun 1969 beliau telah menjadi Ahli Parlimen di Bandar Konya.

Pada tahun 1970 Erbakan dengan kerjasama gerakan Tarekat Al-Nursiyyah telah menubuhkan sebuah Parti Islam pertama di Turki yang kemudiannya diharamkan oleh kerajaan. Pada tahun 1972 beliau menubuhkan pula Parti Sejahtera Nasional. Pada tahun 1980 beliau dipenjarakan kerana menggerakkan demonstrasi besar-besaran di Turki bagi menentang penjajahan Yahudi ke atas Palestin.

Pada tahun 1996 Erbakan telah menubuhkan Parti Refah dan memenangi 185 kerusi yang dipertandingkan dan berjaya membentuk kerajaan campuran di Turki bersama dengan Parti Jalan Benar.

Pada tahun 1998 Parti Refah diharamkan dan Erbakan dilucutkan jawatan kerana dituduh mencemarkan dan melakukan aktiviti menggugat kedaulatan sekular di Turki. Beliau juga dihalang terlibat dengan politik selama lima tahun. Namun beliau telah menubuhkan parti baru bernama Parti Fadhilah yang digerakkan oleh salah seorang pembantunya tetapi turut diharamkan pada tahun 2000. Selepas tamat tempoh halangan berpolitik pada tahun 2003 Erbakan kembali menubuhkan Parti baru iaitu Parti Sa’adah namun pergerakannya yang cenderung kepada perjuangan Islam dapat dihidu oleh pemerintah sekular dan akhirnya beliau ditangkap dan dipenjarakan selama dua tahun ketika umurnya mencecah 77 tahun.

Pada tahun 2008 kerajaan Turki di bawah Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan telah mengeluarkan kenyataan rasmi pengampunan ke atas Erbakan. Erdogan adalah merupakan anak didik Erbakan dan berjaya meneruskan usaha yang pernah di asaskan oleh Najmuddin Erbakan melalui Parti Keadilan dan Pembangunan Turki yang juga mempunyai kecenderungan Islam. Asas kesedaran Islam yang dipupuk oleh Erbakan akhirnya berputik dan disambung oleh Erdogan yang memerintah Turki hingga kini. 

Begitulah kisah hidup ringkas seorang pejuang yang lahir dalam sebuah negara sekular yang sangat anti kepada setiap usaha mengembalikan kedaulatan pemerintahan khilafah Islam di Turki yang lumpuh pada semenjak 1924. Kegigihan Nejmuddin Erbakan di dalam mengasaskan gerakan Islam dan menubuhkan Parti Islam di Turki, kini telah menampakkan hasilnya di mana sokongan semakin meningkat terhadap gerakan Islam di Turki. Semoga Allah Taala memberkati segala usaha beliau dan merahamti rohnya serta ditempatkan bersama golongan para Syuhada dan Solihin.

Monday, March 7, 2011

#1 - komik




Sunday, March 6, 2011

Bagaimana hari esok..??

Dah dua hari kt rumah, tp masih terkontang-kanting x tahu nk buat ape. Sedangkan cuti 7 bulan & aku masih belum punyai perancangan. Ape ni harris..?? Cepat la bt keputusan harris, nak buat ape ngan cuti yang lame giler ni.

Haha, selame ni budak2 ni dok cite belakang yg uia pj xde cuti panjang, paling lame pon 3 minggu je, skang ni nah amik kau cuti 7 bulan, haha sampai dah x tau nk buat ape lame2.

Camne pn situasi kite, kekosongan masa ini perlu diisi dengan sebaiknya, perancangan perlu diperincikan sedalam-dalamnya, supaya kita tidak menyesal diakhirnya nanti.

Antara resolusi yg boleh dikongsi bersama daripada satu slot dlm satu program baru2 ini~
  • ngaji pondok
  • cari usrah kawasan
  • tingkatkan kefahaman dengan buku-buku ilmiah & haraki
  • tingkatkan kualiti solat berjemaah
  • tingkatkan kemahiran & softskill
  • tingkatkan kualiti al-quran
  • tingkatkan kualiti ibadah2 sunat
  • bergerak kerja dalam alumni sekolah
  • ziarah rumah kawan2
  • buat rehlah antara yg ade short sem dgn yg da graduate

Resolusi yg menarik walaupon aku ponteng slot tu, huhu [alamak kantoi plak], ape jua perancangan ia perlukan pelaksanaan, sia2 jika hanya ingin merancang tp xmahu laksanakan, insyaALLAH akan ku usahakan.
p/s terakhir, Kita yang menentukan masa depan kita..^_^..