Wednesday, January 26, 2011

Bahu ini masih kosong untuk dibebankan

Hari berganti hari aku lalui, namun masih belum ke temui jawapannya. Adakah percaturan ini disengajakan ataupun tidak? adakah aku hanya alat permainan sahaja? tapi bagaimana pula dengan kisah-kisah silamku yang suram? bagaimana mereka masih punyai kepercayaan terhadapku? Arrrgghh..persetankan semua ini..

Penat berfikir membuatkan aku terduduk sebentar mengharap kembalinya sedikit kekuatan, tapi apakan daya seorang manusia yang lemah lagi hina ini kembali mempertikaikan..
"Kenapa mesti aku...?"
"Da takde org lain ke...?"

Buntu memikirkan perkara yang x mampu dicapai oleh akalku ini, lalu aku tinggalkan ianya tanpa jawapan. Tetapi apa yang aku pegang dan percaya dalam hidupku segalanya datang dari Al-Khaliq dan akan kembali kepada Al-Khaliq. Manusia merancang, ALLAH juga merancang dan sebaik-baik perancang adalah ALLAH swt. Akan ada hikmah di atas setiap yang berlaku. Hhhuu...aku mula merasakan ketenangan. Terima kasih Ya ALLAH. Segala ini adalah percaturanMU. Aku terima seadanya..[^_^]..

Saturday, January 15, 2011

Ba'alawi


Majlis Pengajian di Pusat Pengajian Ba'alawi, No.9, Jalan UP 2A, Prima Ukay, Saujana Melawati. (Belakang Zoo Negara)

Friday, January 14, 2011

Tokina AT-X 287 PRO SV AF 28-70mm f/2.8

Al-Hajj : 78


Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya) dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Dia menamakan kamu: Orang-orang Islam semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dialah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan. (Al-Hajj : 78)