Saturday, November 12, 2011

Berakhir sudah cutiku

Salam, hmm da lame tidak menaip disini, [blogku : oh aku dianak-tirikan, sampai hati tuanku..T_T..] huhu, maaf la blog, xde mood la..huhu

Jam 4 nanti bas bakal bertolak pergi, berkemas masih ku belum. Ape pn cuti tetap cuti, semua nk cuti, oh ini bukan satu amalan yg bagus. Aaaaaaaaaaaggghhh, frust dgn diri sendiri. So, berubahla. Undila jgn tido [tb2, haha]

Mid-sem break berakhir, UNGS menerpa..oh UNGS the last one. Ko da habis study UNGS blom ni harris..? Huu, bru tajuk 2.......Dh2 g study nuh, jgn lupe kemas pulak ye....huhu, out~~~

I'm an engineer =]

Monday, August 8, 2011

Kehormatan Darah dan Harta

Dengan nama Allah 'azza wa jalla, aku mulakan kalam yang hina ini supaya keberkatan basmalah sentiasa disisi. Segala puji bagi Al-Khaliq dan sebaik pujian adalah dari Al-Khaliq kepada Al-Khaliq. Selawat dan salam ke atas junjungan besar penghulu sekalian rasul penghulu ummat akhir zaman.

Dah lame rase tak update blog. Macam tak bertuan dah. Alhamdulillah, kali ini aku diberi kesempatan untuk membuat entry baru. Kali ni aku nak berkongsi mengenai salah satu hadith dari hadith 40. Iaitu hadith yang ke-8. Kenapa tidak mulakan yang pertama; mengenai niat? Kerana hadith pertama sememangnya ramai dah mengetahuinya. Jadi sengaja aku mulakan dengan yang ke-8. Tapi tidak bermakna akan mengikut turutan pulak selepas ini. Bergantung kepada keadaan. Apa pun, segala maksud serta ilmu yang tersembunyi hanya Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Ramadhan KAREEM!!


Bismillah..hadith ke-8 : KEHORMATAN DARAH, HARTA BENDA


"Telah diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. bahawasanya bersabda Rasulullah s.a.w : Disuruh oleh Allah aku memerangi sekelian manusia, melainkan naik saksi mereka bahawa tiada Tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu pesuruh Allah dan mendirikan sembahyang lima waktu dan membayar zakat fardhu. Apabila telah didirikan oleh mereka perkara itu maka terpelihara darah dan hartanya melainkan kerana hak Islam Dan atas Allahlah hisab dan diperhitungkan amalnnya." [H.R. Bukhari dan Muslim]
Keterangan :

[1] Sabda Nabi s.a.w : "Umirtu..."

Hadith ini menunjukkan atas tuntutan wajib seperti firman Allah ta'ala : Aqimus Salah. Ertinya dirikanlah sembahyang lima waktu. Dan dihukumkan padanya dirikan sembahyang lima waktu adalah wajib.


[2] Sabda Nabi s.a.w : "Faiza fa'alu..."

Sekiranya ditanya orang kepada kita: Puasa dan haji juga dari rukun Islam tetapi kenapa tak disebut oleh Rasulullah dalam hadith ini?

Kita jawab : Dalam Islam tidak disuruh untuk membunuh sesiapa yang tidak puasa tetapi dipenjarakan dan ditahan daripada makan dan minum. Begitu juga dalam soal haji. Tidak disuruh membunuh atau memerangi.

Sebab itu dalam hadith ini Rasulullah hanya menyebut perkara-perkara yang dibunuh atau diperangi sesiapa yang meninggalkannya. Sewaktu Rasulullah mengutus Muaz pergi mengajar ke negeri Yaman, tidak diperintahkan kepadanya perkara puasa dan haji. Hanya disebut dalam hadithnya ialah dua kalimah syahadah, sembahyang, dan zakat.


[3] Sabda Nabi s.a.w : "Illa bihaqqil Islam,"

Sekiranya ada atas mereka hak Islam seperti orang penyamun, berbuat zalim, orang aniaya dan sebagainya, maka hukumnya harus untuk membunuh dan emeranginya adalah harus.

[4] Sabda Nabi s.a.w : "Wa hisabuhum ala Allah..."

Sesiapa yang mengucapkan dua kalimah syahadah,, mendirikan sembahyang lima waktu, dan membayar zakat nescaya terpeliharalah darah dan hartanya. Sekiranya amalan tersebut dilaksanakan dengan ikhlas maka dialah mukmin yang sebenar-benarnya. Jika mengikut perintah kerana takutkan mata pedang maka dialah orang munafik. Segala hisab dan perkiraan kembali kepada Allah yang menyimpan segala rahsia yang tersembunyi.

-WA-

Sunday, July 17, 2011

Intelektualisme anak muda

Alhamdulilllah, masih diberi jasad serta kudratnya meneruskan saki-baki kehidupan ini sebelum dijemput ilahi ke dunia akhirat. Berlegar di sekitar pekan, terpaku sebentar pada sebuah majalah terbitan karangkraf, Majalah I.

"Pemuda UMNO & PAS sepakat memerangi fitnah" hmm, menarik bukan. Sinar harian telah berjaya menjayakan satu wacana yg menemukan dua tokoh dari medan pemuda yg berbeza, alhamdulillah.

Wacana ilmiah yg berbentuk forum ini telah membawa satu kata sepakan dr semua panelis bahawa Gejala fitnah adalah suatu yg amat negatif dan perlu dibendung, alhamdulillah sememangnya ini resolusinya.

Apa yg menarik perhatian adalah sikap keterbukaan Khairy Jamaluddin untuk berada sepentas bersama Ustaz Nasruddin dalam membincangkan isu fitnah ini. Sikap yg positif utk ditonjolkan menunjukan perubahan yg ketara kepada pemuda-pemudi zaman kini drpd orentasi taasub kepada orentasi intelektual.

Perlu disedari bahawa golongan mudalah yg akan menggantikan golongan emas dalam mentadbir negara dan dengan sikap anak muda yg sebegini insyaALLAH apa yg dinamakan kebaikkan bersama dapat dicapai.

Friday, July 15, 2011

Fatabayyanu

al-hujurat : 6
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

Oh sahabatku

Alhamdulillah masih diberi nikmat utk meneruskan bibit2 perjuangan Harakah Islamiyah dan jika dikara nikmat Ilahi tidaklah terkira banyaknya.

Alhamdulillah juga atas nikmat seorang sahabat yg sgt banyak memberi ilham apatah lagi sokongan & dorongan serta pertolongan tika susah mahupun senang.

Hakim Ar-rantisi, seorang sahabat yg sgt istimewa. Kehadirannya amat menyenangkan dan perginya amat memilukan. Oh aku rindukannya, xmampu ku ungkapkan betapa aku merinduinya, dialah seorang sahabt yg sanggup menghabiskan game2 yg aku ada sehingga khatam. Allahuakbar, sungguh hebat insan yg bernama hakim ini.

Semoga kami dipertemukan semula di medan yg baru medan yg lebih mencabar..Ameen Ya Rabb..Sekian, salam..

Brrrr

Sejujurnya aku xtw nk post ape..we, we, we, wawawawaa..

Sunday, June 26, 2011

Dengan solat anda jadi sihat dan kuat

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Wednesday, June 22, 2011

Ibrah uhud

Dengan nama ALLAH azza wa jalla, aku mulakan kalam yg hina ini supaya keberkatan basmalah sentiasa disisi. Segala puji bagi Al-Khaliq dan sebaik pujian adalah dari Al-Khaliq kepada Al-Khaliq. Selawat dan salam keatas junjungan besar penghulu sekalian rasul penghulu ummat akhir zaman.

Hari ini sekadar ingin berkongsi sedikit mengenai Uhud. Peperangan yg berlaku dalam bulan syawal tahun ke-3 hijrah. Peperangan yg kedua terbesar selepas peperangan badar.


Antara peristiwa yg menarik utk dikongsi bersama ialah sewaktu tentera islam telah mendapat kemenangan, ketika berundurnya tentera quraisy yg ramai dr medan uhud melarikan diri sehingga ke barisan isteri2 mereka yg turut hadir ke medan uhud meninggalkan harta2 mereka lalu menjadi ghanimah bt sekalian tentera muslimin.

Tentera muslimin amat yakin dengan kemenangan mereka di uhud lalu turun meninggalkan jabal uhud tempat paling strategi utk memanah mengejar ghanimah tinggalan quraisy. Mereka bukan sahaja telah mengingkari arahan ketua mereka di jabal uhud bahkan telah mengingkari arahan nabi supaya bertahan di jabal uhud walau tentera islam amat kucar kacir sekalipun di kaki uhud.

Situasi ini digunakan sebaiknya oleh Khalid al-walid kembali menyerang tentera muslimin tatkala leka dibuai kemewahan ghanimah menyebabkan tentera islam kucar-kacir mempertahankan diri mempertahankan rasulallah menyebabkan ramai yg terkorban.

Hinggakan ada suatu laungan yg mengkhabarkan rasulallah juga telah terkorban lantas melemahkan semangat sebahagian tentera muslimin. Mereka duduk tidak mahu berperang hingga ditegur seorang sahabat.

"Apakah kalian perjuangkan islam kerana adanya rasulallah, apakah yg kalian akan lakukan setelah tiadanya rasulallah..??"

Lalu mereka kembali berperang.

Akhir kalam, thiqah merupakan rukun yg terakhir, perlu ada percaya & patuh kepada barisan pimpinan yg mana jika diingkari bahanalah jawabnya. Realiti hari ini kita dikelilingi oleh kemewahan utk diperangi bukan kesusahan utk diharungi dan berjuang semata2 kerana Allah bukan kerana individu tertentu. Sekadar ini yg mampu dikongsi bersama dan Allah jua tempat kembali segala urusan semoga manfaatnya dapat dirasai bersama.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Tuesday, June 21, 2011

Update

Hmm, rse cm nk update blog la


-publish post-


..^_^..da update
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Thursday, June 16, 2011

Introducing Motorola Xoom

Dengan nama ALLAH azza wa jalla, aku mulakan kalam yg hina ini supaya keberkatan basmalah sentiasa disisi. Segala puji bagi Al-Khaliq dan sebaik pujian adalah dari Al-Khaliq kepada Al-Khaliq. Selawat dan salam keatas junjungan besar penghulu sekalian rasul penghulu ummat akhir zaman.

Entry kali ni bersifat santai bersama Motorola Xoom. Mmg tak tahan arr bile usha bnde ni, rse mcm nk g bli 1..hha..hha..hha..








Tapi mcm mne pon boleh berangan je la skang ni sbb bukan nye ade duit pon, hhahaha. Lagi pun D7000 xdpt lagi bukan ape bak kata satu pepatah..
D7000, jika ku miliki, saktilah hamba ...
wakakaka ;)
Akhir kalam, sejauh mana kemajuan teknologi dunia zaman kini, ia hanya layak duduk di tangan bukan dihati. sekadar ini yg mampu dikongsi bersama dan Allah jua tempat kembali segala urusan semoga manfaatnya dapat dirasai bersama.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Wednesday, June 15, 2011

RON 97 turun seposen..!!!

Dengan nama ALLAH azza wa jalla, aku mulakan kalam yg hina ini supaya keberkatan basmalah sentiasa disisi. Segala puji bagi Al-Khaliq dan sebaik pujian adalah dari Al-Khaliq kepada Al-Khaliq. Selawat dan salam keatas junjungan besar penghulu sekalian rasul penghulu ummat akhir zaman.

Julung2 kalinya malaysia digemparkan dengan penurunan harga minyak RON 97 drpd RM 2.90 kpd RM 2.80 semalam...Kah...kah...kah...Tahniah kepada kerajaan malaysia kerana berjaya menurunkan harga minyak. Tapi kenapa time dekat nk pilihan raya baru ia turun..?? Haih, aneh aneh aneh. 

they are killing us
Akhir kalam, ummat islam sering kali disajikan dengan perkara2 yg merambangkan mata supaya kita lebih cenderung kearahnya, penelitian yg mendalam diperlukan supaya kita tidak mudah tertipu. Sekadar ini yg mampu dikongsi bersama dan Allah jua tempat kembali segala urusan semoga manfaatnya dapat dirasai bersama.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Sensitiviti ummat islam dipermainkan lagi

Dengan nama ALLAH azza wa jalla, aku mulakan kalam yg hina ini supaya keberkatan basmalah sentiasa disisi. Segala puji bagi Al-Khaliq dan sebaik pujian adalah dari Al-Khaliq kepada Al-Khaliq. Selawat dan salam keatas junjungan besar penghulu sekalian rasul penghulu ummat akhir zaman.

Sekali lagi kita dikejutkan dengan satu kartun yg berjudul 'kekeliruan kes rogol' di dalam sebuah akhbar terkemuka Utusan Malaysia yg sgt2 mengecewakan suluruh ummat islam hari ini.

utusan malaysia
Kartun yg serba ringkas ini secara jelas telah menghina golongan ulama dan islam itu sendiri. Lakaran pertama menggambarkan seorang perempuan yg telah diperkosa mengadu nasibnya kepada seorang penghulu dan penghulu tersebut mengabaikannya kerana tidak punyai 4 orang saksi.

Situasi ini jelas menunjukkan betapa ceteknya pengetahuan agama seorang penghulu 'yg berserban tu' melalui dialog "ade 4 org saksi?" dimana serban amat sinonim dengan golongan ulama'. Hukuman rogol bukan semata2 disabitkan melalui 4 orang saksi bahkan terdapat cara lain untuk menyabitkan hukuman rogol.

Lakaran kedua pula menunjukkan seorang polis yg amat komited dalam melaksanakan tugasnya bertanya mengenai bahan bukti. Dialog "Bagus...Alat tu pn boleh jadi bukti" telah menggambarkan seolah-olah hukum membawa empat orang saksi itu tidak boleh diguna pakai tetapi video dan gambar boleh dijadikan sebagai bukti. 

Ia memberi suatu gambaran bahawa hukum islam adalah lebih jauh mundur kebelakang berbanding hukum ciptaan manusia yg lebih sesuai dan releven utk dipraktikkan.

Meninggalkan islam tidak lain hanyalah mengundang kehinaan dalam hidup kerana manusia dimuliakan dengan Islam. Pihak utusan perlu memohon maaf atas keterlanjuran yg melampau ini.

Akhir kalam, ummat islam perlu lebih sensitif terhadap isu2 sebegini kerana ia akan menjatuhkan maruah islam. sekadar ini yg mampu dikongsi bersama dan Allah jua tempat kembali segala urusan semoga manfaatnya dapat dirasai bersama.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Tuesday, June 14, 2011

Untitled

Saya sedang entah kenapa ..............

Monday, June 13, 2011

Berkat ulama'

Dengan nama ALLAH azza wa jalla, aku mulakan kalam yg hina ini supaya keberkatan basmalah sentiasa disisi. Segala puji bagi Al-Khaliq dan sebaik pujian adalah dari Al-Khaliq kepada Al-Khaliq. Selawat dan salam keatas junjungan besar penghulu sekalian rasul penghulu ummat akhir zaman.

Bersama Ust Baihaki & Uat Syairazi

Hari ni aku teringat akan pesan Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali K.W.H dan berhajat utk berkongsi bersama kalian.

[ 1 ]   Wahai Ali !  Jibril berangan2 hendak menjadi manusia kerana 7 perkara :
  1. Sembahyang lima waktu bersama imam
  2. Duduk bersama ulama'
  3. Menziarahi orang sakit
  4. Mengiringi jenazah ke kubur
  5. Menyediakan air untuk minum
  6. Mendamaikan dua orang yg berbalah
  7. Memuliakan jiran tetangga dan anak yatim
Maka bersungguh-sungguhlah kamu diatas perkara tersebut.

[ 2 ]   Wahai Ali !  Apabila berlalu keatas seorang mukmin empat puluh pagi sedangkan dia tidak duduk bersama-sama ulama', nescaya keraslah hatinya dan dia berani untuk melakukan dosa besar kerana sesungguhnya ilmu itu menghidupkan hati.

[ 3 ]   Wahai Ali !  Tujuh golongan drpd ummatku berada didalam syurga :
  1. Seorang pemuda yg sentiasa bertaubat
  2. Sesiapa yg bersedekah secara sembunyi
  3. Sesiapa yg menunaikan solat dhuha
  4. Sesiapa yg merasakan kehilangan harta bendanya lebih ringan baginya drpd terluput satu solat berjemaah bersama imam
  5. Sesiapa yg mengalir air matanya kerana takutkan Allah
  6. Sesiapa yg sentiasa bersama2 ulama' di dalam majlis2 ilmu
  7. Seorang imam (pemimpin) yg adil
Bersama ust yahya hj. othman
Akhir kalam, insyaALLAH sama2 kita usahakan masa2 kita yg terluang dapat diluangkan bersama mereka2 yg alim, sekadar ini yg mampu dikongsi bersama dan Allah jua tempat kembali segala urusan semoga manfaatnya dapat dirasai bersama.

Friday, June 10, 2011

Ilmu ibarat pedang yg tajam

Dengan nama ALLAH azza wa jalla, aku mulakan kalam yg hina ini supaya keberkatan basmalah sentiasa disisi. Segala puji bagi Al-Khaliq dan sebaik pujian adalah dari Al-Khaliq kepada Al-Khaliq. Selawat dan salam keatas junjungan besar penghulu sekalian rasul penghulu ummat akhir zaman.

Kali ini sekadar analogi yg mampu ku bawakan bt kalian. Analogi yg agak menarik utk dikongsi bersama hasil drpd Hujjatul Islam Imam Ghazali.

Seorang pemuda yg memiliki sepuluh bilah pedang yg sangat tajam dan juga bermacam2 senjata yg lain dan dia pula adalah seorang yg berani dan sangat cekap dalam peperangan. 

Suatu masa datang seekor singa yg garang lalu terus menyerangnya. Persoalannya, adakah dengan memiliki pedang yg banyak lagi tajam mampu menghalang singa dari menyerangnya..?? Sudah tentu tidak mampu bukan.

Melainkan dengan menggunakan pedang2 yg tajam itu utk melawan singa2 yg menyerangnya.

Sebeginilah Imam Ghazali memberi perumpamaan kepada ilmu. Memiliki ilmu sebanyak air dilautan sekali pun jika tidak diamalkan apalah manfaatnya. 

Sekiranya berilmu, sekiranya tiada..?? Bagaimanakah keadaannya..?? Fakir di dunia fakir di akhirat. Inilah realiti anak muda zaman lani. (Termasuklah diri yg dungu ini, haih)

Akhir kalam, sekadar ini yg mampu dikongsi bersama dan Allah jua tempat kembali segala urusan semoga manfaatnya dapat dirasai bersama.

Wednesday, June 8, 2011

I'brah Badar

Dengan nama ALLAH azza wa jalla, aku mulakan kalam yg hina ini supaya keberkatan basmalah sentiasa disisi. Segala puji bagi Al-Khaliq dan sebaik pujian adalah dari Al-Khaliq kepada Al-Khaliq. Selawat dan salam keatas junjungan besar penghulu sekalian rasul penghulu ummat akhir zaman.

Saban hari semakin menebal habuk disini, hehe..coretan kali ini hanya ingin berkongsi tentang sesuatu yg mungkin selalu kita dengar tetapi jarang diambil ibrahnya. 

Al-Badri
Perang Badar merupakan peristiwa yang amat penting lagi bermakna buat Rasulullah & ummat islam sekaliannya kerana ia merupakan peperangan yg akan menentukan kewujudan ummat islam dan kelangsunggan Dakwah Islamiah itu sendiri hinggakan ALLAH s.w.t menamakan perperangan ini dgn nama AL FURQAN yg bermaksud pemisah. Rujuk al anfal 41. Antara ibrah yg mampu dimanfaatkan bersama ;

[ 1 ]   Semangat Anshar yg membakar
Saad bin Muaz membalas ucapan Rasulullah...
"Ya Rasulullah...........Segala perintahmu akan kami laksanakan. Demi Allah jika kamu berjalan sampai Barkal Ghamad (Yaman) pasti kami akan berjalan bersamamu dan jika engkau mengajak kami untuk mangharungi lautan ini pasti kami akan mengharunginya bersamamu."
Miqdad ibnu Aswad turut membalas
"Kami tidak akan berkata seperti apa yg dikatakan oleh kaum musa kpd Musa : 'Pergilah engkau berserta Tuhanmu dan berperanglah engkau berdua dan kami akan duduk disini.' Tetapi kami akan berperang disisi kanan, kiri, depan & belakangmu."
Manakala kaum Muhajirin pula lebih dahulu telah menyatakan kesediaan mereka berjihad bersama rasulullah. Inilah semangat para sahabat nabi yg mana ianya hanya didasari dengan dasar aqidah semata dan bukanlah didasarkan kpd sesuatu yg lain yg bersifat duniawi. Mereka berjihad semata-mata utk menegakkan kalimah La ilaha ilallah Muhammad rasulullah.

Mereka telah menunjukkan tahap kebersediaan yg amat tinggi utk berjihad bersama rasulullah hasil drpd keyakinan yg tinggi terhadap Ilahi dan mereka juga dapat merasakan akan janji2 yg telah Allah sediakan di akhirat sana membuatkan mereka meletakkan kesenangan hidup dunia di bawah kaki mereka.

[ 2 ]   Musyawarah bersama Khubab bin Munzir
Ya Rasulallah, adakah tempat yg kami berada ini suatu tempat yg ditunjukkan oleh Allah yg kami tidak dapat melanggarnya sedikit pun, ataukah hanya tempat yg engkau pilih menurut pendapatmu sendiri dan taktikmu? Jawab nabi : "Tempat ini ku pilih menurut pikiranku." Jawab Khubab : "Tempak ini tidak strategik utk berperang."

Kemudian Khubab menunjukkan tempat yg lebih strategik iaitu tempat yg lebih dekat dgn sumber air dan Nabi menerima pendapat ini secara terbuka. Jalan musyawarah merupakan jalan yg dituntut oleh Allah dan ianya lebih dekat kepada berkat Ilahi serta didalamnya punyai adab2 yg perlu dijaga.

[ 3 ]   Persiapan rohani yg tidak diabaikan
Nabi merupakan insan yg paling hampir kpd RabbNYA, namun demikian nabi tidak sekali2 meninggalkan ubudiyyahnya bermunajat dan berdoa memohon bantuan memohon pertolongan memohon kemenangan keatas islam.

Hinggakan nabi berdoa : "Ya Allah, jika Engkau membinasakan pasukan ini (islam) tak akan disembah lagi Engkau di permukaan bumi ini. Ya Allah, penuhilah janjiMu kepadaku. Ya Allah berikanlah pertolonganMu."
(Doa ini perlu dilihat dgn lebih mendalam supaya tiada sangka buruk yg mengharukan)

[ 4 ]   Kebencian yg mendalam terhadap musuh Allah
Abdurrahman bin Auf pernah bercerita : .....ku dapati dua org pemuda yg masih muda usianya dan aku khuatir akan keselamatannya. Tiba2 salah seorg dr mereka berbisik kepadaku : "Hai pak cik tunjukkan kepadaku yg manakah Abu Jahal itu?" Jawabku : "Apakah maksudmu dengannya?" Jawab pemuda itu : "Aku telah bersumpah jika aku bertemu padanya akan kubunuh atau aku mati kerananya." 

Kemudian berkata seorng lagi seperti yg dikatakan oleh yg pertama. Pabila munculnya Abu Jahal mereka menyerangnya bersama pedangnya seolah-olah dua ekor rajawali menerkam habuannya. Kedua pemuda itu adalah dua org bersaudara Ibnu Afra dan mereka telah berjaya membunuh Abu Jahal. 

Akhir kalam, sekadar ini yg mampu kucoretkan walhal masih ada 1001 ibrah yg masih belum dirungkai, dan Allah tempat kembali segala urusan semoga manfaatnya dapat dirasai bersama.

Rujukan : Riwayat hidup rasulullah s.a.w | Abul Hasan Ali Al Hasany An Nadwy

Sunday, June 5, 2011

Memimpin kebangkitan anak muda

p/s : klik pd image utk ke halaman ucaptama

Thursday, June 2, 2011

Risalah Amalan Malam Awal Bulan Rejab


" Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan 
sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan "

p/s : klik pada image utk "Risalah Amalan Malam Awal Bulan Rejab"

Tuesday, May 24, 2011

Exsim banner

Bismillah wal hamdulillah atas nikmat iman & islam serta selawat keatas nabi muhammad s.a.w dan para ahlinya. Hadirnya entry ini bukanlah untuk diambil manafaat akan tetapi untuk memohon manfaat dr kalian ^_^


Jujur kadang2 rase macam hampeh kadang2 rse macam lawa (yg ni sbb masuk dalam bakul pastu angkat sndri, ngeh3) kre nk mnx komen korang spy sy boleh improve my designing skill. Terutama sekali Mr AnO, sila komen ya. Klik pd image utk enlarge. Syukran..^_^..

Monday, May 23, 2011

Ilmu Tauhid atas jalan Ahli Sunnah wal Jama'ah

[ 1 ]   Kata Ibnu Al-Qayyim : "Dan wajib atas ibu bapa bahawa adalah awal-awal barang yang diperdengarkan akan kanak-kanak itu ma'rifatullah dan tauhid akan Allah. Dan bahawa diajarkan kanak-kanak itu apabila berakal ia akan barang yang wajib bagi Allah dan barang yang mustahil atasNya dan barang yang harus padaNya. Dan diajarkan pula bahawasanya Nabi Muhammad itu diperanakkan di Makkah dan dibangkitkan dia jadi Rasul pun di dalam negeri Makkah, kemudian berpindah ia ke Madinah dan wafat ia di dalam negeri Madinah jua. Dan namanya Muhammad anak 'Abdullah anak 'Abdul Muththolib anak Hasyim."

(Kitab 'Aqidatun Najin: ms 13)

[ 2 ]   Berkata Syeikh Wan 'Ali Kutan di dalamnya kitab Zahratul Murid:
"[Faedah] wajib atas wali mengajar akan kanak-kanaknya barang yang wajib dan yang mustahil dan yang harus bagi Allah dan bagi RasulNya, dan segala Qawa’idul Islam (قواعد الاسلام). Demikian lagi wajib atas suami mengajar akan isterinya dan makhdum (مخدوم) mengajar akan khadamnya dan penghulu mengajar akan hambanya akan demikian itu."

[ 3 ]   Berkata Al-'Allamah Muhammad Mukhtar ibn 'Atorid di dalam kitabnya Usuluddin I'tiqad Ahli Sunnah Wal-Jama'ah:
"Ketahuilah, bahawa wajib ke atas setiap orang yang aqil (عقل - berakal) dan baligh mengetahui sifat-sifat yang wajib bagi Allah , sifat-sifat yang mustahil bagi Allah  dan sifat yang harus bagiNya. Begitu juga wajib ke atasnya mengetahui sifat-sifat yang wajib bagi Rasul, sifat-sifat yang mustahil bagi Rasul dan sifat yang harus bagi mereka."

[ 4 ]   Berkata Syeikh Ahmad Al-Fatoni di dalam kitabnya Faridatul Faraid fi 'Ilmil 'Aqaid:
"[Maka wajib] pada syarak atas tiap-tiap mukallaf, mengetahuikan segala yang wajib pada aqal pada hak Tuhan kita, dan barang yang mustahil atasNya, dan barang yang harus bagiNya. [Dan demikian] wajib atasnya mengetahuikan barang yang wajib pada hak segala Rasul عليهم الصلاة والسلام, dan barang yang mustahil atas mereka itu, dan barang yang harus bagi mereka itu."

[ 5 ]   Berkata Syeikh Isma'il Ibn 'Abdul Qadir Al-Fatoni di dalam kitabnya Syarah Bakuratul Amani:
"(Dan) wajib atas yang pandai daripada kita oleh bahawa (mengajarkan orang-orang) yang (di dalam perintah kita) seperti anak-anak kita dan isteri-isteri dan hamba-hamba sahaya dan khadam-khadam kita demikian lagi orang yang menuntuti belajar daripada kita (dengan) jalan (tafshil) hurai satu-satu pada sekalian (itu dua puluh perkara daripada) perkara-perkara (yang wajib) bagi Allah Ta'ala pada 'aqal ( dan dua puluh) perkara (daripada) perkara-perkara (yang mustahil) padaNya (dan satu) bangsa (yang harus) padaNya ........."

[ 6 ]   Berkata Syeikh Zainal 'Abidin Bin Muhammad Al-Fatoni (Tuan Minal) di dalam kitabnya Miftahul Murid Fi 'Ilmit Tauhid:
"[Dan wajib] atas tiap-tiap mukallaf dengan sebab syara’ mengenal ia akan barang yang wajib bagi Allah dan barang yang mustahil atasNya dan barang yang harus bagiNya. [Dan] demikian lagi wajib atasnya mengenal seumpama yang demikian itu pada haq Rasul عليهم الصلاة والسلام."

[ 7 ]   Berkata Tuan Haji Ahmad Bin 'Abdur Rauf Melaka di dalam nazamnya:
"Allah Allah 'Azza wa Jalla Tuhan kami * Kami minta ampun akan dosa kami
Dengan Allah kami mula nazam ini * Sebab dengan Dia jadi kitab ini
Hai saudara kami khabar akan kamu * Mengenal Allah Fardhu 'Ain atas kamu
Sabda Nabi awaluddin ia ma'rifah * Bukan Solat bukan Shiyam bukan Zakat
Dan yang wajib bagi Allah dua puluh * Jangan kurang jalan lalai bebersungguh
.................."

[ 8 ]   Berkata Syeikh 'Abdul 'Aziz Ibn Isma'il Al-Fatoni di dalam kitabnya Al-Mishbah Al-Munir Fi Ma'rifatillah Al-Qadir:
"Bermula permulaan dan umbi atau asas bagi segala perkara yang dituntut atas tiap-tiap mukallaf sebagai tuntutan yang putus yang dinamakan dia dengan fardhu 'ain, ialah mengenal ia akan Allah Ta'ala dan RasulNya dan dikehendaki dengan mengenal itu mengetahui serta mengaku putus di dalam hati tiap-tiap mukallaf dengan tentu sungguh segala perkara yang wajib bagi Allah Ta'ala dan tentu tidak segala perkara yang mustahil atas Allah Ta'ala dan segala yang harus. ............"

[ 9 ]   Berkata Al-Fadhil Muhyiddin Muhammad Ghazali Ibn Haji ‘Abdullah di dalam kitabnya Panduan Sifat Dua Puluh:
" ........... kerana mengenal Allah  itu wajib ‘aini atas tiap-tiap mukallaf yang ‘aqil baligh lelaki dan perempuan dan wajib atas ibu bapa atau penjaga atau suami mengajar akan anaknya atau orang yang dibawah jagaannya atau isterinya yang tidak pandai mereka akan sifat dua puluh, kerana mereka yang tidak pandai sifat dua puluh mereka itu tidak mengenal Tuhan, maka ditakuti mati atas agama kafir. Jika mereka pandai sifat dua puluh tetapi tidak tahu mengeluarkan dalil, maka mereka itu telah dipertikaikan oleh dua pendapat ulama’, kata sebahagian ulama’ mereka itu tidak sah lagi imannya, jika ia mati maka mati ia atas agama kafir dan sebahagin ulama’ mengatakan mereka itu sudah sah imannya tetapi jika ia tidak belajar betul-betul sampai ia boleh mengeluarkan dalil maka berdosa ia. ........."

[ 10 ]   Berkata Asy-Syeikh Muhammad Solih ibn ‘Abdullah Mengkabaui di dalam kitabnya Kasyaful Asrar:

Soalan: Dan mana ilmu fardhu ‘ain menuntut dia beri kami jawabnya?
Jawab: Bermula ilmu yang fardhu ‘ain menuntut dia itu, iaitu tiga ilmu:
Pertama: Ilmu Usuluddin dan
Kedua: Ilmu Fiqah dan
Yang ketiga: Ilmu Tasowuf.

Soal: Dan mana had ilmu Usuluddin yang fardhu menuntut dia, dan mana had ilmu Fiqah yang fardhu menuntut dia, dan mana had ilmu Tasowuf yang fardhu ia menuntut dia?
Jawab: Adapun had ilmu Usuluddin itu yang fardhu menuntut dia itu, iaitu mengetahui sekadar barang yang wajib dan barang yang mustahil dan barang yang harus kepada Tuhan kita , dan seperti demikian inilah kepada segala Rasul dengan sekira-kira yang mengesahkan akan imannya. [Dan] adapun had ilmu Fiqah yang fardhu ‘ain menuntut dia, iaitu dengan sekira-kira yang mengesahkan akan amalnya, seperti mengetahui akan segala syaratnya dan segala rukunnya dan segala yang membatalkan dia. [Dan] adapun had ilmu Tasowuf fardhu ‘ain menuntut dia dengan sekira-kira mengetahui akan yang membatalkan akan pahala amal ibadatnya, seperti riya’, sum’ah, ‘ujub, takabbur dan sebagainya yang dicela oleh syara’.

Soal: Dan apa kata kamu pada orang yang beramal dengan tiada mengetahui ilmu yang tiga perkara itu?
Jawab: Sabda Nabi : “Tiada sekali diterima segala amal ibadatnya dan jikalau mengerjakan haji sekalipun”. Dan lagi haram menuntut ilmu fardhu kifayah sebelum mengetahui ilmu fardhu ‘ain; misalnya seperti seorang berhutang qadha’ sembahyang (fardhu) luputnya dengan tiada uzur, haramlah berbuat (sembahyang) sunat sebelum habis qadha’ sembahyang (fardhu) yang luput dengan tiada uzur. Dan lagi hukumnya orang meninggalkan fardhu itu fasiq hukumnya, kerana meninggalkan menuntut ilmu yang fardhu ‘ain, tiada sah jadi wali nikah dan jadi saksi nikah kerana fasiqnya.

[ 11 ]   Berkata Syeikh Jalaluddin bin Kamaluddin Acheh di dalam Kitabnya Hidayatul ‘Awam:
"[Bermula] ketahui olehmu, hai tolib! Bahawasanya apabila ‘aqil baligh seorang anak adam, nescaya dituntut daripadanya oleh syara’ mengenal rukun lima belas yang mengandung ma’rifah Allah , iaitu lima perkara daripada rukun Islam dan enam perkara daripada rukun Iman dan empat perkara daripada rukun syahadah (شهادة). ............."

[ 12 ]   Dan kata Sayyid 'Abdul Qadir Al-Idrus di dalam kitabnya yang bernama Ad-Durrus Tsamin:
"Ketahui olehmu bahawasanya segala ilmu yang fardhu 'ain yang dituntut akan dia itu tiga perkara: (1) Ilmu Tauhid dan dinamakan akan dia ilmu Usuluddin. (2) Ilmu Syarak dan dinamakan akan dia ilmu Fiqh. (3) Ilmu Batin dan dinamakan akan dia ilmu Tasawwuf. ........"
(Hidayatus Salikin Fi Suluki Muttaqin)

[ 13 ]   Berkata Sayyid Murtadha Al-Zabidi  pengarang kitab Ittihaf Al-Saadah Al- Muttaqin (Jld 2 H: 8), syarahan bagi kitab Ihya’ Ulumiddin karangan Imam Ghazali :

إِذَا أُطْلِقَ أَهْلُ السُّنَّةِ فَالْمُرَادُ بِهِ اْلأَشَاعِرَةُ وَالْمَاتُرِيْدِيَّة

“Apabila disebut Ahli Sunnah wal Jama’ah, maka yang dimaksudkan dengannya ialah fahaman atau fatwa yang diajar oleh Imam Al-Asy’ari dan Al-Maturidiyah.”

Thursday, May 5, 2011

Sullamu As-Sibyan

Tajuk : Sullamu As-Sibyan

Penulis : Al-Alim Al-Allamah AL-Faqih Tuan Guru Haji Chik B Ahmad Al-Qodahi

Sinopsis : Kitab ini membicarakan Fiqh dalam mazhab Syafie. Kitab ini boleh dikatakan kitab fiqh jawi paling lengkap dalam membicarakan bab Ibadat di zaman ini. Pengarang merupakan anak murid kepada Tok Kenali, Tok Bermin Fathani juga kepada Abdullah Fahim. Di dalamnya terdapat berpuluh-puluh masalah yang berkaitan dengan Ibadat. Sesuai dijadikan rujukan dan digunakan untuk mengajar. Bahasa yang digunakan juga tidaklah terlalu lama atau terlalu moden.

Wednesday, May 4, 2011

Durratun Nashihin

Kitab "Durratun Nashihin" menghimpun mutiara nasihat, peringatan, kisah-kisah menarik dan penjelasan hukum, serta permasalahan yang meliputi duniawi dan ukhrawi, yang bertolak dari sumber aslinya (yakni Al Qur'an, Al Hadits, Ijma' Ulama dan Qiyas).

"Durratun Nashihin" bermakna "mutiara para juru nasihat", dimana dalam Pendahuluan, penulis kitab ini yang bernama Usman bin Hasan bin Ahmad Syakir al-Khaubawi antara lain berkata: "Aku adalah seorang hamba yang haus akan rahmat Allah swt, menetap di sebuah kota bernama Konstantinopel, berharap semoga Allah swt selalu melindungi negeri kami dan negeri-negeri lainnya dari segala bencana dan bahaya. Ameen. Kitab ini sudah lama dikaji, dipelajari dan dijadikan literatur di Pondok Pesantren, Perguruan Islam bahkan dewasa ini masyarakat sekeliling pun mulai tertarik untuk membaca dan mempelajarinya.

"Durratun Nashihin" terbagi dalam beberapa Pengajian yang terdiri atas Fadlilah-Fadlilah (contohnya Fadlilah Solat Berjamaah, Fadlilah Birrul Walidain, Fadlilah Berzikir dsb) yang didasari ayat-ayat Al Qur'an, Haditsnya serta dilengkapi dengan pendapat para ulama dan kisah-kisah yang relevan dengan setiap perbahasan.

Fadlilah Birrul Walidain

Al Qur'anul Karim - Surat An Nisa ayat 36, berbunyi : "Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri".
Menurut para ulama dalam "Tanbihul Ghafilin" ada 10 hak ibubapa yang wajib dilakukan oleh seorang anak, yaitu:

1. Memberi makan, jika mereka memerlukannya. 
2. Memberi layanan, bila dimintanya. 
3. Memenuhi panggilannya. 
4. Mentaati perintahnya, kecuali disuruh maksiat. 
5. Berbicara dengan lemah lembut dan tidak menyakitkan hati. 
6. Memberi pakaian sesuai kemampuan. 
7. Berjalan dibelakangnya, tidak tergesa-gesa dengan mendahuluinya. 
8. Mencari keridhaan hatinya. 
9. Menghindari hal-hal yang dibencinya. 
10.Memohonkan ampun bagi keduanya, ketika berdo'a.

Dari Abu Hurairah ra. Nabi Muhammad saw. bersabda:
"Ketika anak Adam sudah meninggal dunia, maka terhentilah pahala amalnya, kecuali tiga perkara, yaitu: Sedekah jariah, do'a anak soleh untuk kedua orang-tuanya dan ilmu yang bermanfaat yang ditinggalkannya sesudah meninggal dunia."

Selanjutnya dalam Surat Luqman ayat 14, Allah swt. berfirman: "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)". 

H i k a y a h : Pada suatu waktu Nabi Sulaiman bepergian menjelajah kawasan antara langit dan bumi, hingga tiba dilaut yang besar ombaknya. Kemudian ia perintahkan pada angin supaya berhenti berhembus. Dan kepada jin ifrit ia perintahkan agar menyelam kedalam laut. Maka didasar samudera dilihatnya sebuah kubah mutiara-putih yang rapat tidak berlubang. Kemudian dibawanya keatas permukaan air, dan diserahkan kehadapan raja Sulaiman as. Maka dengan do'anya terbukalah pintu kubah itu. Didalamnya terdapat seorang pemuda yang sedang bersujud. Ketika ditanya Nabi Sulaiman as.: "Siapakah kamu, dari jenis malaikat, jin atau manusia?" Jawabnya: "Aku dari jenis manusia". "Lalu amal apakah yang mengangkatmu setinggi ini?" Jawabnya: "Dengan berbakti kepada kedua orang-tua. Disaat lanjut usia, ibu kugendong diatas punggungku, dan disaat itulah terdengar do'a ibuku: "Ya Allah, berikanlah sifat qana'ah (berasa cukup dengan apa yg ada) kepada anakku ini, dan berikan pula tempat untuknya nanti sepeninggalku, bukan di bumi dan bukan pula di langit." (Majma' Latha-if)

Monday, April 25, 2011

Jumaat bersama Syeikh As-Sudais

Tersentuh hatiku akan betapa besarnya nikmat2 dari ILAHI yang secara tidak langsung telah mengubat hatiku yang sedang resah gelisah ketika itu. Nikmat2 yang tak mampu dibilang dengan kalkulator apatah lagi jika menggunakan  jari-jemariku. Alhamdulillah Ya ALLAH, engkaulah Ar-Rahman engkaulah Ar-Rahim.


Setibanya bas di Hentian Duta tepat waktu azannya Jumaat telah melegakan hatiku kerana diizinkan-NYA untuk bersolat Jumaat. Namun aku kebingunggan sebentar akan khutbah jumaat dalam bahasa arab & kereta yg amat byk sekitar masjid wilayah.

Setelah diberitahu barulah ku tahu akan kehadiran Syeikh Haramain ini ke Malaysia. Berputiknya hatiku tidak terhingga. Ya ALLAH, alhamdulillah Ya ALLAH. Sebelum ini hanya sekadar di tv ataupun di radio, tetapi kali ni LIVE.

Akan tetapi keberadaanku di masjid wilayah x semudah yg disangka. Jemaah masjid yang terlalu ramai membuatkanku terpaksa berdiri diatas marmar yang panas di luar pintu masuk ruang solat utama. X senang berdiri dibuatnya apatah lagi bersolat diatasnya. Hanya ALLAH shj yg mengetahui.

Antara isi khutbah jumaat Syeikh Sudais yang aku rasa amat membumi kepada mereka2 yg sedang berjuang di atas jalan-NYA khususnya dan seluruh ummat islam amnya.
  1. Kepentingan meluruskan aqidah di atas aqidah yang betul
  2. Mengambil ISLAM sebagai cara hidup secara keseluruhannya. ALLAH telah menyempurnakan ajaran ISLAM dan DIA telah redha ISLAM sebagai cara hidup untuk diamalkan.
  3. Sheikh di dalam khutbah beliau sangat menitik beratkan soal ukhuwwah Islamiyyah di antara penganutnya. Berkali-kali Sheikh menekankan bahawa kita adalah ummah yang satu.
  4. Ummat ISLAM mesti mengikuti sunnah-sunnah Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam dan menjadikan ia sebagai contoh tauladan yang mesti dijadikan rujukan. Tidak ada cara lain lagi hendak berjaya, melainkan ikut (ittiba’) sunnah. Sheikh menekankan bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam pernah bersabda bahawa semua muslim akan masuk syurga, kecuali yang enggan. Yang dimaksudkan enggan ialah mereka yang derhaka kepada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam dengan tidak mengikuti semua suruhan dan tidak menghiraukan larangannya.
  5. Ummat ISLAM mestilah menjadi ummat yang berilmu. Betapa ISLAM sangat menitik beratkan ilmu. Justeru, tuntutlah ilmu dan fahamilah ilmu.
  6. Bukan setakat menuntut ilmu dan faham, tapi mesti amal. Menjadi tuntutan buat kita yang sudah menuntut ilmu, yang ada ilmu untuk mengamalkan ilmu tersebut.
  7. Sheikh as-Sudais mengingatkan tentang kesederhanaan di dalam ISLAM dan betapa pentingnya sifat ini diambil dalam membawa agama ISLAM ke dalam kehidupan.
  8. Sheikh juga menyentuh perihal akhlaq muslimin. Amat menyedihkan sekiranya akhlaq tidak dijadikan tumpuan ummat ISLAM. Kerana antara tujuan penting diutuskan Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam ialah untuk menyempurnakan akhlaq.
  9. Sayang-menyayangi sesama muslim juga disentuh oleh Sheikh as-Sudais di dalam khutbahnya. 
  10. Setiap muslim mestilah mempunyai adab dalam perbezaan pendapat. Perbezaan pendapat dan pandangan di kalangan ummat ISLAM mestilah ditangani dengan ilmu dan diserahkan kepada ahli ilmu. Janganlah disebabkan oleh perkara-perkara furu`, feqah, ijtihadiah dan lain-lain seumpamanya menyebabkan ummat ISLAM berpecah.
  11. Sheikh mengingatkan juga akan ancaman kepada ummat ISLAM tentang syahwat (perkara-perkara maksiat dan berkaitan nafsu) dan syubuhat (perkara-perkara yang samar-samar dalam kehidupan moden).
  12. Ummat ISLAM mestilah menjadi ummat yang memberikan kebaikan.
Yang baik itu datang dari ALLAH s.w.t yang buruk itu disandarkan pada diri yang lemah ini, hakikat keduanya datang dr ALLAH s.w.t moga dimanfaatkan.

Sunday, April 24, 2011

Taqlid kepada tahqiq

Al-Imran : 104
[1]   MAKSUD و dalam وَلْتَكُنْ
Maksud وَ dalam ayat ini ialah ‘dan’ wau al-wasl iaitu huruf wau yang berfungsi sebagai penyambung dengan ayat yang sebelumnya iaitu bermula dari ayat 102 hingga 105. Sila rujuk Quran sndri, hehe.


[2]   MAKSUD وَلْتَكُنْ dalam ayat وَلْتَكُنْ
Maksud وَلْتَكُنْ dalam ayat ini ialah keseluruhan umat Islam. Dari itu, apabila wujud huruf laam yang berfungsi sebagai kata suruh, maka ia akan menjadi wajib dan yang dimaksudkan dengan kamu dalam ayat di atas ialah umum untuk sekalian umat Islam (iaitu ia lafaz khas yang bermaksud umum). Lihat Tafsir al-Bahrul Muhith lil Imam Ibn Hayyan jilid 3 mukasurat 343.

[3]   MAKSUD مِنْكُمْ dalam ayat مِنْكُمْ
Maksud مِنْكُمْ dalam ayat ini ialah sebahagian daripada umat Islam, bukan semuanya


[4]   MAKSUD أُمَّةٌ dalam ayat أُمَّةٌ
Maksud أُمَّةٌ dalam ayat ini ialah satu organisasi. Ini dikuatkan lagi dengan status perkataan selepasnya sebagai sifat kepada ummah. Perkataan selepas ummah ialah yadda’un dengan lafaz banyak (plural). Maka, terjemahan satu kelompok manusia ialah paling tepat. Lihat Kitab Tafsir al-Wasith lil Sheikh Syed Thantawi jilid 1 mukasurat 690.

[5]   MAKSUD الْخَيْرِ dalam ayat يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ
Maksud الْخَيْرِ dalam ayat ini ialah al-Islam dan syariatnya.

[6]   MAKSUD وَيَأْمُرُونَ (kata suruh) dalam ayat وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ
Maksud وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ dalam ayat ini ialah menguatkuasakan, mengarahkan atau memaksakan. Al-amru dalam maksud asas dalam bahasa Arab ialah arahan daripada pihak yang atas kepada pihak yang bawah.

[7]   MAKSUD الْمَعْرُوفِ dalam ayat وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ
Maksud الْمَعْرُوف dalam ayat ini ialah Syariat Islam.

[8]   MAKSUD وَيَنْهَوْنَ dalam ayat وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ
Maksud وَيَنْهَوْنَ dalam ayat ini ialah dan mereka yang mencegah
Perkataan وَيَنْهَوْنَ merupakan ma’thuf kepada يَدْعُونَ. Dari itu, kedua-dua ini adalah sifat kepada faa’il (pembuat) iaitu أُمَّةٌ. Dan merupakan kewajipan sesebuah organisasi untuk melaksanakan tiga perkara di bawah:

1. Berda’wah kepada Islam DAN
2. Menguatkuasakan syariah DAN
3. Mencegah sebarang perkara yang bercanggah dengan syara’

[9]   MAKSUD عَنِ dalam ayat وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ
Maksud عَنِ dalam ayat ini ialah mencegah sesuatu kemungkaran itu sebelum ia berlaku.

[10]   MAKSUD الْمُنْكَرِ dalam ayat وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ
Maksud الْمُنْكَرِ dalam ayat ini ialah apa-apa perkara yang bercanggah dengan syara’.

[11]   MAKSUD وَأُولَئِكَ dalam ayat وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Iaitu orang yang bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan tadi (iaitu penda’wah, penguatkuasa dan pencegah). Lihat Tafsir al-Alusi jilid 3 mukasurat 161.

[12]   MAKSUD الْمُفْلِحُونَ dalam ayat وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Maksud الْمُفْلِحُونَ dalam ayat ini ialah orang yang berjaya yang kekal di syurga.


Sebagai penutup..

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Dan wajiblah ada di antara kamu satu organisasi yang menyeru (berdakwah) kepada Islam, dan menguatkuasakan syariat, dan mencegah daripada segala perkara yang bercanggah dengan syara’. Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang Berjaya 
(yang kekal di syurga Allah)
Ali ‘Imran: 104


Wednesday, April 20, 2011

Kifayatul Muhtadi

Sebuah kitab karangan mantan Hakim Syarie Makkah yang mengandungi ilmu tauhid atas jalan salaf, ilmu fiqh atas mazhab imam syafie' mengikut fatwa-fatwa yang muktamad dan ilmu tasawuf.

Syeikh Muhammad Nur al-Fathani lahir di Mekah pada tahun 1290H / 1873M, diantara guru-guru beliau ialah Sheikh Wan Ali Kutan, Sheikh Ahmad al Fathoni dan di Mesir beliau berguru dengan Sheikh Bakhit al Muthie. Menurut catatan al Marhum al Ustaz Haji Wan Saghir dalam blog beliau : RIWAYAT Syeikh Muhammad Nur al-Fathani agak berbeza dengan ulama-ulama lainnya kerana beliau satu-satunya ulama di Mekah yang dapat menjadi orang besar dalam dua pemerintahan. Beliau menjadi orang besar pada zaman pemerintahan Syarif Husein. Apabila pemerintahan bertukar kepada Ibnu Sa’ud, yang terkenal dengan era pemerintahan Wahabi, Syeikh Muhammad Nur al-Fathani masih tetap dengan kedududukannya. 

Kitab Kifayah al-Muhtadi bi Syarh Sullam al-Mubtadi. Penulisannya bermula di Mekah dan selesai di Madinah al-Munawwarah pada hari Jumaat, 9-Rabiul Akhir-1351 / 11-Ogos-1932.

Thursday, March 31, 2011

Hizbullah

Nahnu ansorullah
Teringat kata-kata seorang ustaz kepada kami ketika sedang santai minum pagi bersamanya.

"tidak akan menang tentera islam melainkan disisi mereka ciri-ciri hizbullah.."

[Em, lebih kurang cmtu la ust tu cakap, huhu] selepas beberapa ketika aku mula terfikir, apekah ciri-ciri hizbullah yg ust cakap tu..?? Ust tu ade pesan gk, die suruh tgk ayat 54-56 dalam surah Al-Maidah. Hmm, jom kite tgk.

Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya. (al-maidah : 54)

Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). (al-maidah : 55)

Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang. (al-maidah : 56)

Em, jelas kt sni ALLAH nk bgtw kite, golongan2 yg mengingkari-NYA akan diganti dgn suatu golongan yg disukai-NYA iaitu golongan2 yg mempunyai ciri tertentu & inilah ciri2 hizbullah yang ust tu cakap.

Antara ciri2 tersebut ialah
  • Allah mengasihi mereka iaitu orang-orang yang beriman dan mereka juga mengasihi Allah
  • Bersikap lemah lembut terhadap orang-orang mukmin
  • Bersikap keras terhadap orang-orang kafir
  • Mereka berjihad di jalan Allah
  • Mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela
  • Mereka menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman sebagai penolong mereka

Melihat realiti kehidupan, ramaikah mereka2 yg mengasihi ALLAH, ramaikah mereka2 yg berlemah lembut terhadap org2 mukmin, ramaikah mereka2 yg berkeras terhadap org2 kafir, ramaikah mereka2 yg berjuang dijalan ALLAH, mungkin ade tp sedikit. Itulah realiti.

Menyedari realiti ini, ape yg sepatutnya kita lakukan..?? cukupkah dengan berkata "xpe2, ade ramai lg ust2 yg boleh didik masyarakat ni.." Hmm, kepada mereka2 yg mind set sebegini sila ubah ye.noktah.

Pertamanya x lain & x bukan diri sendiri dahulu yang perlu diperbaiki. Cuba untuk penuhi ciri2 hizbullah yang telah ALLAH gariskan. Seterusnya cuba pula untuk perbaiki orang lain. Tapi kite kne ingat, perbaiki diri sendiri dan menyeru kepada yang lain adalah satu jalan yang x boleh dipisahkan, ia perlu bergerak seiring. Islah nafsak wadu' ghairak.

Setelah ciri2 ini diterap & dalam masa yang sama kita meyakini bahawa hanya ALLAH dan rasulNYA serta orang2 yang beriman adalah penolong kita, insyaALLAH kemenangan itu akan kita miliki. Allahuakbar~

Tuesday, March 29, 2011

Pesanan buat diriku

Mesir, Dr. Jum’ah Amin, wakil Mursyid Am Ikhwanul Muslimin Mesir menegaskan bahawa akan selalu ada gelombang negatif yang menyerang dakwah, jama’ah dan para pendokongnya, namun gelombang itu hanya akan menambahkan kekuatan dan kesatuan barisan dakwah kita.

Beliau mengajak semua anggota Jama’ah Ikhwan agar menguatkan keimanan, meningkatkan taqarrub ilallah, memperbanyak sujud, qiyamullail, puasa, tilawah Al-Qu’ran, dan zikir ma’thurat serta memperbanyak istighfar dalam menghadapi gelombang permusuhan itu.

Hal itu disampaikan beliau dalam suatu majlis "Haditsuts Tsulatsa" di masjid Ashrul Islam di Iskandaria. Beliau mengingatkan bahawa perlu adanya perbezaan antara kita dan para penyerang dakwah kita. Kita perlu lebih menguatkan iman kita, ibadah kita, dan meninggal setiap maksiat dan dosa. Jika tidak, maka apa bezanya antara kita dan mereka? 

“Jadilah kalian anggota jama’ah seperti keluarga Yaasin, yang tidak menunggu taklif atau tugas dari qiyadah. Mereka keluar dari rumah ke pelosok desa untuk berdakwah ilallah. Dakwah memerlukan kefahaman yang jitu, iman yang kuat, cinta dan tsiqah, serta kerja yang istiqamah.”

A wakening of the trailblazer

Assalamualaikum, hmm post kali ni ditujukan khas kepada mereka2 yang minat anime. Tapi aku minat anime yang ade robot2 je. Engineering student la katakan, hhehe. 

Akhirnya dapat jugak cari link nak download muve gundam ni n ni antara move gundam yg paling latest, kot. Ni tajuk dia, Gundam 00 - A wakening of the traiblazer. Sebelum keluar yg muve ni dia ade yang anime bersirinye. Season 1 & 2 n dua2 aku da tengok, sebab tu la aku nak cari sangat2 yang versi muve ni.

Ni link klw korg nk gk muve ni, GUNDAM

N klw korg x suke gundam korg boleh download yang lain disini, ANIME MOVIES.

(4gb lamanye nk tggu, harap2 la ade subtitle)

Thursday, March 24, 2011

Maahad An-namuzaji

Maahad Muhammadi Lilbanin
Terpanggil untuk berkongsi kejayaan adik2 di 'maahad laki', hhehe. Dah lebih kurang 3 tahun aku tinggalkan sekolah bersejarah tu, amat ku rindukan suasananya, duduk dengan orang-orang baik turut menjadikan aku baik. Eh kejap, aku baik ke..?? Haha, tak kisah la baik atau pun tak tapi selagi ade usaha ke arah 'lebih baik' itu sudah memadai. Alamak dh kemane aku ni..??

Kembali kepada tajuk, sekali lagi maahad telah mencapai 100% lulus dalam SPM, tahniah diucapkan dan tak lupa kepada adik Nik Muhammad Farhan Hakim Nik Badrul Alam yang telah mengharumkan nama maahad dengan kejayaan beliau mendapat 11A+ dalam SPM.

Ape yang menarik dengan adik farhan ni ialah dia merupakan salah seorang pimpinan pelajar di maahad dengan menjawat jawatan Naib Presiden 3 dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Pergh, hebat seyh. Pelajar terbaik sekolah & pelajar terbaik YIK. Pelajar tebaik YIK..?? haha, maknanya kami MML telah berjaya  mengalahkan MMP. Say Alhamdulillah pastu baru gelak hhahahaha.

Secara tidak langsung adik farhan telah mencabar kita semua wahai para pemegang amanah, hebat memimpin & cemerlang akademik. Kita bagaimana..?? Terasa plak bile teringat result final aku, haih ape nak jadi mekeme nih.

Analisa ringkas SPM 2010 MML.
  • 270 calon 100% lulus
  • 12a : 1 org
  • 11a : 9 org
  • 10a : 14 org
  • 9a : 6 org
  • 8a : 6 org
  • 7a : 27 org

Antara mereka yg hebat2.

Hilmi Hisham Marzuki
10 A+ dan 1 A-
Timbalan setiausaha MPP
Tempat ke-3 dari senarai 10 calon terbaik MML

Ahmad Adib Mukhtar 
8 A+ dan 2 A, 1 A-
Presiden MPP
Tempat ke-5 dari senarai 10 calon terbaik MML





Yang terakhir untuk kita semua.