Wednesday, December 29, 2010

Madrasah Darul Musthafa Cawangan Malaysia

Ingin anak anda menjadi seorang alim yang beramal dengan ilmunya serta bersifat dengan sifat wara`, khauf dan ikhlas? Inginkan anak anda menjadi ulama yang beradab, berakhlaq mulia? Inginkan anak anda menjadi da'i yang menyeru manusia kepada mencintai Allah dan rasulNYA? Mendaftarlah segera di MADRASAH DARUL MUSTHOFA CAWANGAN MALAYSIA.


Pengenalan ringkas Madrasah Darul Musthafa Cawangan Malaysia

  • Merupakan cawangan pertama di Malaysia daripada induknya di Tarim, Hadramaut , Yaman.
  • Dasar pendidikannya sepertimana Darul Musthafa, Tarim iaitu: Mengajar ilmu agama secara bertalaqqi dan menerimanya daripada ahlinya yang bersanad; Mentazkiyah diri dan memperbaikkan akhlak; dan Menyebarkan ilmu yang bermanfaat serta berdakwah menyeru kepada Allah Ta’ala.
  • Mendapat keizinan dan persetujuan oleh pengasas Darul Mustofa Tarim , al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz ibn Syeikh Abu Bakar bin Salim.
  • Sepenuhnya mengikut silibus dan jadual pengajian sebagaimana di Darul Mustofa Tarim, sepenuhnya.
  • InsyaAllah, pelajar yang berjaya akan melanjutkan pelajarannya ke Darul Musthafa, Tarim.

Darul Musthafa, Tarim.

Bilakah akan beroperasi ~
Madrasah Darul Musthafa Cawangan Malaysia akan beroperasi pada awal Januari 2011

Lokasinya ~
Bertempat sementara di Pusat Pengajian Madras An-Nur, Pantai Dalam, KL.

Apakah syarat-syarat kemasukan ~
1. Terhad kepada pelajar lelaki sahaja
2. Berumur di antara 13 - 18 tahun
3. Lancar bacaan al-Quran (Hafiz al-Quran diutamakan)
4. Boleh menulis huruf Arab/Jawi dengan baik.
5. Menguasai asas Fardhu Ain.
6. Lulus ujian temuduga yang dijalankan.
7. Berkelayakan sebagai penuntut ilmu agama.

Berapakah yuran atau kos pengajian ~
Pendaftaran : RM200.00
Bulanan : RM300.00 (termasuk makanan dan asrama)

Bagaimana untuk mendaftar atau mendapat info lanjut ~
Sila hubungi nombor-nombor berikut:
012-260 1449 (Habib Ali Zainal 'Abidin al-Hamid)
012-959 7401 (Ustaz Syed Najmuddin al-Khered)
013-330 9474 (Imam Azian bin Man)
atau emailkan kepada madrasannur@hotmail.com

Perhatian ~
Pengambilan terhad kepada 40 orang pelajar sahaja

No comments:

Post a Comment