Wednesday, December 22, 2010

Kembara ilmu [Madrasah Ad Diniah Al Latiffiah]

Perginya seorang ulama, Tuan Guru Hj Abdul Lattif Abdul Rahman (Pakteh), Al-fatihah.

Ucapan takziah diucapkan kepada ahli keluarga beliau dan seluruh warga Pondok Keroh. Kehilangan beliau amat dirasai tetapi kami doakan agar ahli keluarga bersama dengan anak didik beliau terus diberikan kekuatan oleh Allah dalam mentadbir dan menghidupkan pengajian Pondok Keroh dalam menyambung usaha al-Marhum selama ini.

Madrasah Ad Diniah Al Latiffiah atau lebih dikenali dengan panggilan pondok Pak Teh terletak di daerah Hulu Perak iaitu daerah Pengkalan Hulu di negeri Perak Darul Ridzuan , Pondok ini adalah satu-satu pondok pengajian ilmu islam yang lama dan masih wujud di negeri Perak.Pondok ini didirikan pada tahun 1963 oleh Tuan Guru Hj Abdul Latiff atau Pak Teh , pondok ini didirikan sendiri oleh Pak Teh yg berdekatan dengan perkarangan rumahnya.

Tafsir: al-Jalalain, an-Nasafi, Taj at-Tafasir, al-Baidhawi (jawi)
Hadis: al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibn Majah, Bahr al-Mazi (jawi), Riadhus Salihin
Tauhid: Fath al-Majid, Tuhfah al-Murid, Aqidah an-Najin (jawi)
Fiqh: Fath al-Qarib, Fath al-Muin, I’anah at-Talibin, ‘Tahrir’, Mugni al-Muhtaj, Kifayah al-Akhyar, Mahalli, Fath al-Wahhab, Matla’ al-Badrain (jawi), Bughyah atTullab (jawi), Sabil al-Muhtadin (jawi), Kasyf al-Litham (jawi), Kifayah al-Muhtadi (jawi)
Usul fiqh: Al-Asybah wan Nazair, Jam’ al-Jawami’
Tasauf/ilmu akhlak: Minhaj al-Abidin, an-Nasaih adDiniyyah, Sair as-Salikin (jawi)
Sorof: ‘Kailani’, ‘al-Mirah’, Shazz al-Urf
Nahu: ‘Mutammimah’, ‘Sheikh Khalid’, ‘Ashmawi’, ‘Azhari’, Qatr anNada, syarah Ibn Aqil, ‘Taudhih’ (ada nama kitab yang dikenali dengan nama pengarang atau nama popular di samping nama asal)
Ulum Hadis: Mustalah al-Hadis karangan Sheikh Muhammad Alawi, Taqrirat asSaniyyah
Ilmu Tafsir: Atiyyah ar-Rahman
Mantiq: ‘Aisaghuji’

Sekitar Madrasah Ad Diniah Al Latiffiah




No comments:

Post a Comment