Friday, December 31, 2010

Tamron 17-50mm f/2.8 Vibration Compensation


Portraiture

Tips foto, untuk portraiture, sekiranya anda ada telefoto, cuba setkan kepada panjang fokal maksimum (ie: 105mm) dan gunakan aperture terbesar (ie: f/5.6) untuk dapatkan portrait yang lebih “pop”. CUba juga gunakan white balance Cloudy untuk mendapatkan skin tone yang lebih suam (warm). Warm mean inviting, warm mean pleasing, friendly.

Thursday, December 30, 2010

Selawat ke atas nabi


إِنَّ اللَّهَ وَ مَلَئكتَهُ يُصلُّونَ عَلى النَّبىّ‏ِ يَأَيهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صلُّوا عَلَيْهِ وَ سلِّمُوا تَسلِيماً

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada Nabi; wahai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu kepadanya dan ucapkan salam kepadanya.” 
(Al-Ahzab 33: 56)

Habib Umar Bin Hafidz


Wednesday, December 29, 2010

Madrasah Darul Musthafa Cawangan Malaysia

Ingin anak anda menjadi seorang alim yang beramal dengan ilmunya serta bersifat dengan sifat wara`, khauf dan ikhlas? Inginkan anak anda menjadi ulama yang beradab, berakhlaq mulia? Inginkan anak anda menjadi da'i yang menyeru manusia kepada mencintai Allah dan rasulNYA? Mendaftarlah segera di MADRASAH DARUL MUSTHOFA CAWANGAN MALAYSIA.


Pengenalan ringkas Madrasah Darul Musthafa Cawangan Malaysia

  • Merupakan cawangan pertama di Malaysia daripada induknya di Tarim, Hadramaut , Yaman.
  • Dasar pendidikannya sepertimana Darul Musthafa, Tarim iaitu: Mengajar ilmu agama secara bertalaqqi dan menerimanya daripada ahlinya yang bersanad; Mentazkiyah diri dan memperbaikkan akhlak; dan Menyebarkan ilmu yang bermanfaat serta berdakwah menyeru kepada Allah Ta’ala.
  • Mendapat keizinan dan persetujuan oleh pengasas Darul Mustofa Tarim , al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz ibn Syeikh Abu Bakar bin Salim.
  • Sepenuhnya mengikut silibus dan jadual pengajian sebagaimana di Darul Mustofa Tarim, sepenuhnya.
  • InsyaAllah, pelajar yang berjaya akan melanjutkan pelajarannya ke Darul Musthafa, Tarim.

Darul Musthafa, Tarim.

Bilakah akan beroperasi ~
Madrasah Darul Musthafa Cawangan Malaysia akan beroperasi pada awal Januari 2011

Lokasinya ~
Bertempat sementara di Pusat Pengajian Madras An-Nur, Pantai Dalam, KL.

Apakah syarat-syarat kemasukan ~
1. Terhad kepada pelajar lelaki sahaja
2. Berumur di antara 13 - 18 tahun
3. Lancar bacaan al-Quran (Hafiz al-Quran diutamakan)
4. Boleh menulis huruf Arab/Jawi dengan baik.
5. Menguasai asas Fardhu Ain.
6. Lulus ujian temuduga yang dijalankan.
7. Berkelayakan sebagai penuntut ilmu agama.

Berapakah yuran atau kos pengajian ~
Pendaftaran : RM200.00
Bulanan : RM300.00 (termasuk makanan dan asrama)

Bagaimana untuk mendaftar atau mendapat info lanjut ~
Sila hubungi nombor-nombor berikut:
012-260 1449 (Habib Ali Zainal 'Abidin al-Hamid)
012-959 7401 (Ustaz Syed Najmuddin al-Khered)
013-330 9474 (Imam Azian bin Man)
atau emailkan kepada madrasannur@hotmail.com

Perhatian ~
Pengambilan terhad kepada 40 orang pelajar sahaja

Pengajian Kitab Siyarus Salikin

Bersama ~
SHEIKH AHMAD FAHMI ZAMZAM 
AL-MALIKI AN-NADWI

Pada ~
9 Januari 2011 (Ahad)

Masa ~
Jam 9.00 pagi - 12.30 tghri

Tempat ~ 
Dewan Solat Masjid Al-Falah USJ9

Tuesday, December 28, 2010

Adolf Hitler tidak pernah memusuhi Islam?


Apa yang anda bakal baca ini ialah sesuatu yang anda perlu kaji kesahihannya, jangan terima BULAT-BULAT. hehe....


Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar
Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini.


Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan “Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?”

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya…lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : ” Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu…pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama…tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?”

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : “Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.


Beliau juga telah memberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua…bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu menunggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau.



Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir.

Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi.



Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah…

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi…

2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar
Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

” Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku”

3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan ” Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?”

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau, minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas.

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Ziarah Habib Umar di Malaysia

JADUAL ZIARAH DAN DAKWAH HABIB UMAR BEN HAFIDZ
DI MALAYSIA 
[8, 11 & 12 JAN 2010]

SABTU, 8 JAN 2011, 7.00 - 10.30 mlm
MAULID & CERAMAH UMUM
DI MASJID WILAYAH , JALAN DUTA , KL.

SELASA, 11 JAN 2011, 7.00 - 10.30 mlm
MAULID & CERAMAH UMUM
DI MASJID AL-MUHAMMADY, KOTA BHARU, KELANTAN

RABU, 12 JAN 2011, 7.00 - 10.30 mlm
MAULID & CERAMAH UMUM
DI KOMPLEKS YAYASAN AL-JENDERAMI

Monday, December 27, 2010

Kitab Munyatul Musolli

 
Inilah Kitab Yang Bernama
Cita-Cita Orang Yang Bersembahyang
Yang Melengkapi Akan Masalah-Masalah Mutiara dan Berharga * Karangan Al-'Alim *
Iaitu Tuan Syeikh Daud ibn 'Abdullah Al-Fatoni
Semoga Allah mengampuni Baginya Amin
Kemudian Amin

Munyatul Musolli (Jawi) :- Muat Turun
Sanad Kitab :- Muat Turun

Alih Bahasa Jawi Ke Rumi
01 Muqaddimah :- Muat Turun
02 Suruhan Memelihara Sembahyang dan Kelebihannya :- Muat Turun
03 Zahir dan Batin Sembahyang :- Muat Turun
04 Syarat Sah Sembahyang :- Muat Turun
05 Rukun Sembahyang :- Muat Turun

06 Sunat Ab'adh dan Sunat Haiah :- Muat Turun
07 Khusyu' dan Adab Di Dalam Sembahyang :- Muat Turun
08 Permulaan Kefardhuan Sembahyang :- Muat Turun
09 Hikmah Di Sebalik Penentuan Waktu Dan Raka'at Sembahyang :- Muat Turun
10 Perumpamaan Sembahyang :- Muat Turun

11 Kesempurnaan Sembahyang :- Muat Turun
12 Huraian Kesempurnaan Sembahyang :- Muat Turun
13 Pelbagai Kebajikan Daripada Sembahyang dan Zikir :- Muat Turun
14 Karamah Bagi Orang Yang Bersembahyang :- Muat Turun
15 Permasalahan Berkaitan Dengan Sujud Sahwi :- Muat Turun

16 Sunat Azan dan Iqamah Sebelum Sembahyang :- Muat Turun
17 Makruh Dalam Sembahyang :- Muat Turun
18 Perkara-Perkara Sunat Yang Patut Dibuat Selepas Sembahyang :- Muat Turun
19 Doa Mujarat Yang Dibaca Pada Hari 'Asyura :- Muat Turun
20 Doa Mujarab Sebagai Pendinding Diri :- Muat Turun

21 Kelebihan Sembahyang Berjama'ah :- Muat Turun
22 Kewajipan Menunaikan Sembahyang Juma'at :- Muat Turun
23 Hari Juma’at Hari Yang Sangat Mulia Pada Allah :- Muat Turun
24 Permasahan Menta'khirkan Sembahyang Juma'at :- Muat Turun
25 Syarat Sah Juma'at :- Muat Turun

26 Hukum Mengiringi Sembahyang Zohor Selepas Sembahyang Juma'at :-Muat Turun
27 Hukum Meninggalkan Sembahyang :- Muat Turun
28 Solat-Solat Sunat :- Muat Turun



Diambil dr alraufi, mohon dimanfaat.


p/s : ingin berilmu mesti berguru bukan terus melulu.

Matan 'Aqidatul 'Awam

Alhamdulillah Syeikhuna Syeikh Muhammad Fuad Bin Kamaludin Al-Maliki telah menterjemahkan Matan 'Aqidatul 'Awam supaya lebih senang difahami oleh orang-orang awan seperti kita.

Aqidatul Awwam yang bererti Aqidah Bagi Orang-Orang Awam ini merupakan satu kumpulan aqidah yang wajib diketahui oleh setiap individu muslim. Aqidah tersebut disusun dengan baik dan teratur dalam bentuk nadzom (syair) oleh As-Syeikh As-Sayyid Ahmad Al-Marzuqi Al-Maliki.

Disusun pada tahun 1258 Hijriyah, dan terdapat 57 bait. Aqidatul Awwam ini sangat penting karena dengan mengetahui nadzom ini, secara tidak langsung, kita akan dapat mengetahui aqidah yang wajib diketahui oleh setiap individu Muslim secara ringkas. Nadzom Aqidatul Awwam ini sangat terkenal di dunia Islam dan telah lama diamalkan, yakni dibaca dan dipelajari, termasuk di negara kita, Indonesia dan di negara-negara yang lain.

Terjemahan Matan 'Aqidatul 'Awam :- Muat Turun

Sunday, December 26, 2010

My wish list

~Sedang berangan nak ade bende2 macam ni, hahaha tapi apakan daya nak makan pn pinjam duit member lg..klw kumpul duit nk bli bnde2 ni kawin lambat la aku..huhu..

1. Nikon D7000 




    • 16.2 megapixel CMOS sensor
    • 39 point AF system
    • 2016 pixel RGB sensor/ Scene Recognition system
    • 6 fps for 100 frame burst
    • 1080p (24 fps) / 720p (24 or 30 fps) HD video
    • Full time AF with video and live view
    • ISO 100-6400, expandable to 25,600
    • Magnesium alloy top and rear for durability
    • Accepts AF and AF-S lenses
    • Dual SD card slots

2. SB-600 AF Speedlight



3. Nikon 35mm f/1.8 DX


4. 24-70mm F2.8 EX DG Macro


Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya. 
(Al-Fahf - 7)

~Semakin kita menghampiri dunia, semakin jauh akhirat meninggalkan kita. Hakikat seorang manusia tidak akan puas dengan apa yang mereka miliki melainkan mereka yang menjadikan dunia sebagai alat untuk ke akhirat. 

Wednesday, December 22, 2010

Kembara ilmu [Madrasah Ad Diniah Al Latiffiah]

Perginya seorang ulama, Tuan Guru Hj Abdul Lattif Abdul Rahman (Pakteh), Al-fatihah.

Ucapan takziah diucapkan kepada ahli keluarga beliau dan seluruh warga Pondok Keroh. Kehilangan beliau amat dirasai tetapi kami doakan agar ahli keluarga bersama dengan anak didik beliau terus diberikan kekuatan oleh Allah dalam mentadbir dan menghidupkan pengajian Pondok Keroh dalam menyambung usaha al-Marhum selama ini.

Madrasah Ad Diniah Al Latiffiah atau lebih dikenali dengan panggilan pondok Pak Teh terletak di daerah Hulu Perak iaitu daerah Pengkalan Hulu di negeri Perak Darul Ridzuan , Pondok ini adalah satu-satu pondok pengajian ilmu islam yang lama dan masih wujud di negeri Perak.Pondok ini didirikan pada tahun 1963 oleh Tuan Guru Hj Abdul Latiff atau Pak Teh , pondok ini didirikan sendiri oleh Pak Teh yg berdekatan dengan perkarangan rumahnya.

Tafsir: al-Jalalain, an-Nasafi, Taj at-Tafasir, al-Baidhawi (jawi)
Hadis: al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibn Majah, Bahr al-Mazi (jawi), Riadhus Salihin
Tauhid: Fath al-Majid, Tuhfah al-Murid, Aqidah an-Najin (jawi)
Fiqh: Fath al-Qarib, Fath al-Muin, I’anah at-Talibin, ‘Tahrir’, Mugni al-Muhtaj, Kifayah al-Akhyar, Mahalli, Fath al-Wahhab, Matla’ al-Badrain (jawi), Bughyah atTullab (jawi), Sabil al-Muhtadin (jawi), Kasyf al-Litham (jawi), Kifayah al-Muhtadi (jawi)
Usul fiqh: Al-Asybah wan Nazair, Jam’ al-Jawami’
Tasauf/ilmu akhlak: Minhaj al-Abidin, an-Nasaih adDiniyyah, Sair as-Salikin (jawi)
Sorof: ‘Kailani’, ‘al-Mirah’, Shazz al-Urf
Nahu: ‘Mutammimah’, ‘Sheikh Khalid’, ‘Ashmawi’, ‘Azhari’, Qatr anNada, syarah Ibn Aqil, ‘Taudhih’ (ada nama kitab yang dikenali dengan nama pengarang atau nama popular di samping nama asal)
Ulum Hadis: Mustalah al-Hadis karangan Sheikh Muhammad Alawi, Taqrirat asSaniyyah
Ilmu Tafsir: Atiyyah ar-Rahman
Mantiq: ‘Aisaghuji’

Sekitar Madrasah Ad Diniah Al Latiffiah




Tuesday, December 21, 2010

Ya Hamalatul Quran

1001 alasan dberikan oleh mrka yg acuh tidak acuh utk mengulang hafazan AQ. Hanya akur pada kelemahan diri yg sukar utk mengingat, namun usaha tdk ada. Bukanlah org yg diberikan kelebihan mengingati ayat2 AQ itu hanya dgn memetik jari, walhal mrka juga telah memerah keringat utk sentiasa mengulang agar tdk lupa. Rezeki tidak akn turun gedebuk dri langit. Usah bermimpi ibarat Mat Jenin andai diri masih berpeluk tubuh...


'wa nadimna 'ala ma fa'alna'
[kami menyesal ats apa y kami buat]

jom ngulang [^_^]

Monday, December 20, 2010

Al Fatihah Al Habib Zein Hussein Al Habsyi

Al Fatihah Al Habib Zein Hussein Al-Habsyi, Imam masjid Wadi Hasan, Johor Bahru..Moga ALLAH SWT tempatkan roh beliau bersama para aulia’ & hamba2NYA yg soleh serta ditempatkan di syurga FirdausNYA.. Amin.

Saturday, December 18, 2010

Rehat sebentar di R&R


Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. (Al-baqarah : 45)
~da lame x pegi shooting, nk kate sibuk xde la sgt..tp rse seronok sgt bile dapat rama-rama sekor ni..credit to mad qeda atas idea rama-rama ini...alhamdulillah...