Friday, November 19, 2010

At-Taubah : 41


Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. 
(At-Taubah : 41)

Nak mati awal..??


Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (Al-Baqarah : 195)

Jom solat jemaah


Dari Ibn Mas'ood ra "aku bertanya RasuluLlah saw, apakah amal yg lebih disukai ALlah?" Sabda baginda," asolah 'ala WAQTIHA" (bermaksud solat tepat pada waktunya) mengikut alHakim dalam alMustadrak, maksud yg benar ialah solat pada waktunya) Bukhari-Muslim (alMundziri, atTarghieb/1/220)